Sorotan tahun 2018 - antara model yang menarik untuk anda pilih pada tahun 2019

oleh Mohamad Hanif|
Tahun ini penuh dengan warna-warni pelancaran beberapa model baharu serta kemaskini pertengahan kitaran bagi sesetengah model yang sudah pun lama dilancarkan bagi memastikan ia terus malar segar dan kekal bersaing.
Modenas

Mari kita imbas kembali beberapa model yang dilancarkan di pasaran Malaysia, serta model yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi menerusi acara KLIMS '18. 

 

Honda HR-V


Crossover hatchback daripada Honda ini bakal menerima kemas kini pertengahan kitaran terdiri daripada sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR), sistem brek yang ditambah baik serta rim yang lebih besar. 

Turut menarik perhatian ialah varian RS yang lebih sporty serta sebuah varian yang lebih mampu milik bakal menyertai barisan HR-V, namun sehingga kini Honda masih menyimpan rahsia berkenaan pelancaran rasmi model ini. 

BACA: Honda HR-V RS

BACA: Pandu Uji Honda HR-V

 

Subaru XV


Model ini menerima pujian oleh kerana XV serba baharu telah memperbaiki segala kelemahan yang ada pada model terdahulu. 

Dengan pelancaran Subaru XV versi plug in hybrid (PHEV) di pasaran global, tidak sabar untuk melihat varian terbaharu ini meluncur di jalan raya Malaysia tidak lama lagi. 

BACA: Pandu Uji Subaru XV


Subaru Forester


Untuk mereka yang tidak tahu, Subaru telah melancarkan Forester generasi baharu berdasarkan platform baharu dengan ruang dalaman yang lebih luas, ciri Special X-Mode, serta penambahbaikan daripada segi pengendalian. 

SUV ini dijangka bakal memasuki pasaran menjelang suku kedua 2019 dengan ciri EyeSight. 

BACA: Pandu Uji Subaru Forester di Taiwan

 

Toyota C-HR


Crossover daripada Toyota ini ditawarkan dalam satu varian tunggal, dengan harga bermula dari RM145,500 tanpa insurans, serta lima penawaran warna yang cukup menarik. 

Enjin petrol 2ZR-FBE 1.8 liter tersebut mampu menghasilkan 140 ps/171 Nm yang menggerakkan roda hadapan menerusi transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan. 

Dari segi keselamatan, ia tidak kalah dengan ciri-ciri seperti amaran lintasan trafik belakang, sistem pemantauan titik buta, serta sistem pemantauan tekanan tayar, sesuatu yang agak asing untuk model Toyota yang dijual sebelum ini. 

BACA: Pandu Uji Toyota C-HR

 

BMW X2
 


BMW mewarnai pasaran SUV kompak premium dengan memperkenalkan model BMW X2 dengan enjin empat silinder TwinPower yang mampu menjana 192 hp dan 280 Nm, sebelum diterjemahkan kepada pecutan sepantas 7.7 saat dari pegun ke 100 km/j. 

BMW X2 hadir dalam varian tunggal sDrive 20i M Sport dengan harga jualan RM321k serta jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, servis percuma dan waranti perlindungan tayar. 

BACA: Pelancaran BMW X2

 

Hyundai Tucson


Hyundai-Sime Darby Motors baharu sahaja melancarkan model facelift Tucson dengan dua varian enjin 2 liter Nu MPi (155 PS/192 Nm) serta enjin 1.6 liter T-GDI (177 PS/265 Nm) dan harga jualan bermula dari RM123,888.

Walaupun model ini merupakan facelift kepada model sedia ada, Hyundai mendatangkan nafas baharu kepada bahagian luaran dan kabin SUV ini serta ciri keselamatan pada varian turbo seperti enam buah beg udara, smart tailgate, serta amaran jarak parkir depan belakang.

BACA: Hyundai Tucson facelift dilancarkan

 

Proton X70


SUV pertama daripada jenama automotif tempatan, Proton X70 yang disalin daripada Geely Boyue itu menampilkan spesifikasi yang moden dan dilihat mampu bersaing dengan SUV sedia ada di pasaran jika harga yang ditawarkan itu benar-benar menepati selera rakyat Malaysia. 

SUV ini sudah beberapa kali dipertontonkan kepada masyarakat umum menerusi tujuh lokasi di seluruh Malaysia dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

BACA: Spesifikasi dan Varian Proton X70

BACA: X70 dan Teknologi Mobiliti Terhubung dari Geely

 

Mazda CX-3


Crossover segmen B daripada Mazda telah menerima kemaskini dari segi kosmetik serta penambahbaikan dari segi NVH dan teknologi G-Vectoring Control (GVC) daripada Mazda (yang kemudiannya diaplikasikan pada sedan Mazda6). 

Ditawarkan pada harga RM123,788, Mazda CX-3 masih lagi dijana enjin 2.0 liter SKYACTIV-G dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik. 

 

Volvo XC40 


Pasaran crossover SUV terus dimeriahkan dengan kehadiran Volvo XC40 model pemasangan Shah Alam, varian tunggal T5 R-Design dan harga bermula dari RM255,888.

Ia didatangkan dengan empat warna pilihan, manakala varian XC40 T8 plug-in hybrid dijangka bakal diperkenalkan kelak. 

BACA: Pelancaran Volvo XC40

 

Toyota Rush


SUV tujuh tempat duduk daripada Toyota ini dilancarkan bulan lalu dengan dua varian (S dan G) dan harga jualan bermula dari RM93,000. 

Dilengkapi dengan enjin 2NR-VE DVVT-i 1.5 liter (Myvi dan Avanza baharu terima enjin yang serupa), ia mampu menjana kuasa setinggi 105 hp dan daya kilas 136 Nm yang disalurkan kepada roda belakang. 

Toyota Rush ini mendapat penarafan ASEAN NCAP lima-bintang dengan ciri keselamatan seperti enam buah beg udara, sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, serta sistem pra-pelanggaran. 

BACA: Pelancaran Toyota Rush

 

Nissan Navara VL Plus


Barisan trak pikap Navara menerima penambahan varian baharu - Navara VL Plus - yang hadir dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang mampu memberikan pandangan keliling 360 darjah sebagai salah satu ciri keselamatan dalam pakej Nissan Intelligent Mobility (NIM).

Nissan Navara dijual pada harga bermula dari RM119,869.08 dan hadir dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan maksimum 150,000 km yang mana terdahulu. 

 

Ford Ranger 


Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baharu sahaja melancarkan trak pikap Ranger yang hadir dalam lapan varian (tidak termasuk Ranger Raptor), dan tiga pilihan enjin diesel (2.2 liter, 2.0 liter turbo tunggal, 2.0 liter bi-turbo).

Harga jualan untuk setiap varian adalah seperti berikut:

Ranger XL - bermula dari RM90,888.00
Ranger XLT - bermula dari RM109,888.00
Ranger XLT+ - bermula dari RM124,888.00
Ranger Wildtrak - bermula dari RM134,888.00

Harga jualan bagi Ford Ranger Raptor pula akan didedahkan semasa pelancaran rasmi varian tertinggi Ranger tersebut di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) pada November ini.

BACA: Pandu Uji Ford Ranger Raptor di Darwin

BACA: Pandu Uji Ford Ranger Wildtrak 4x4 dan XLT+

 

Mitsubishi Triton


Triton baharu sahaja dilancarkan di Thailand dengan kemas kini Dynamic Shield yang dipinjam secara terus daripada Pajero Sport, serta ciri keselamatan seperti brek kecemasan autonomi, amaran titik buta, bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang, serta sistem pemantauan keliling. 

Mitsubishi masih mengekalkan enjin 2.5 liter turbo diesel (107 hp/200 Nm) manakala varian tertinggi menerima enjin 4N15 2.4 liter turbo (178 hp/430 Nm). 

Mitsubishi bakal mendedahkan pandang pertama trak pikap baharu ini menjelang acara KLIMS '18 yang akan diadakan pada hujung minggu ini. 

BACA: Mitsubishi Triton 2019 dilancarkan

 

Nissan LEAF


Hacthback berkuasa elektrik sepenuhnya daripada Nissan ini bakal membuat kemunculan tidak lama lagi di acara KLIMS '18. 

Dikuasakan oleh motor elektrik (147 hp/320 Nm), ia dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion 40 kWh memberikan jarak pengoperasian 378 km (data NEDC), serta mampu dicas kembali menggunakan sistem pengecasan pantas.

BACA: Spesifikasi Nissan Leaf

 

Toyota Vios


Pada acara yang sama pada minggu ini, Toyota tidak turut ketinggalan untuk memperkenalkan Toyota Vios serba baharu dan membuka tempahan bagi mereka yang berminat terhadap sedan segmen B tersebut.

Tiada sebarang perubahan pada sistem nadi kuasa memandangkan ia masih mengekalkan enjin 2NR-FE 1.5 liter (105 hp/140 Nm) dan gandingan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan maya. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan rekod penjualan kenderaan EV di Netherlands, buat kali pertamanya Jaguar I-Pace berjaya…
Model Terbaharu
Antara pilihan warna baharu yang tersedia terdiri daripada Meissen Blue, Signal Green dan Riviera…
Berita Domestik
Setakat ini, lebih daripada 3,000 unit model-model berkenaan telah terjual melalui bilik pameran…