Toyota Rush serba baharu dengan anggaran harga bermula dari RM93,000

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pagi ini telah memperkenalkan Toyota Rush serba baharu dari generasi kedua model SUV tujuh-tempat duduk yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

Toyota Rush sudah berada dalam pasaran sejak 10 tahun lalu, dengan jualan sebanyak 18,000 unit di seluruh Malaysia. Direka untuk menjadi sebuah kenderaan yang praktikal serta tahan lasak, Toyota Rush sebelum ini telah diberi kemaskini untuk menepati keperluan pengguna yang sentiasa berubah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Rush serba baharu masih mengekalkan imej sebuah SUV urban dengan pendekatan Rugged-Active Lifestyle. Ia menggabungkan keselesaan sebuah kereta dengan keluasan ruang serta posisi kedudukan kenderaan lebih tinggi yang sinonim dengan sebuah SUV.

Didatangkan dengan dua varian, harga anggaran bagi Toyota Rush 2019 serba baharu ini adalah  RM98,000 bagi varian S manakala RM93,000 bagi varian G.
 

 

Toyota Rush serba baru ini turut memperkenalkan 360-T, sebuah pendekatan baru Toyota yang berusaha untuk memberikan pakej terbaik buat pelanggan yang akan diterapkan pada model-model terbaru nanti. 360-T adalah berkaitan dengan Trust and Technology dari Toyota, menawarkan kepada pelanggan pakej inovasi lengkap yang direka untuk melindungi dan memberi kelebihan kepada mereka ketika berada di atas jalan.

 

360-T terdiri daripada tiga elemen; Safe-T Plus yang hadir dengan ciri-ciri dan sistem keselamatan terkini sebagai standard; Connectivi-T yang menawarkan teknologi terbaru untuk perhubungan, hiburan dan keselamatan; serta Guaran-T untuk kelegaan fikiran sepenuhnya sepanjang tempoh pemilikan kenderaan oleh pelanggan.

 

Dari aspek rekaan, Toyota Rush ini diberikan sisi dinamik dan ini sisi ini bakal diberikan kepada model-model keluaran Toyota akan datang. Dari segi gaya, Toyota Rush ini mempunyai imej dan garis badan yang lebih tajam, dikenali sebagai "R-BLADE". Ia membawa semangat seperti berikut; R merujuk kepada Toyota Rush, manakala "blade" pula merujuk kepada unsur logam yang tajam. Warna dwi-tona yang digunakan sebagai tema juga memberikan kesan visual yang berlainan.

 

Imej terkini pada Toyota Rush telah ditingkatkan untuk membawa penampilan premium yang di lengkapkan lagi dengan ciri-ciri nilai tambah seperti:-

 - EPS (Electric Power Steering)
 - Sistem audio DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.8"
 - Aplikasi Google Maps dan Waze di paparan skrin 
 - 13 ruang cawan
 - Panoramic View Monitor (PVM) dengan pandangan 360-darjah 
 - DVR (Digital Video Recorder)
 - Toyota AutoTag (SmartTag)
 - Sistem Smart Entry 
 - Tempat duduk dari jenis kulit (varian S sahaja) 

 

 

Spesifikasi Toyota Rush adalah seperti berikut:-

 - kuasa enjin 1.5 liter DOHC, 16-injap baru dari Toyota 
 - janaan maksimum 105 PS pada 6,000 rpm 
 - 136 Nm tork pada 4,200 rpm. 
 - sistem transmisi automatik empat-kelajuan 
 - penggunaan bahan api dimaklumkan pada kadar 15.6 km per liter
 - diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional
 - pacuan roda belakang 
 - bahagian tempat duduk adalah 2-3-2
 - ruang boot adalah bersaiz 217 liter dan 514 liter apabila dilipat tempat duduk belakang
 - landasan pada bahagian bumbung disediakan untuk pemasangan muatan barangan panjang
 - rim aloi bersaiz 17"
 

 

Dari segi keselamatan Toyota Rush ini mendapat penarafan ASEAN NCAP lima-bintang (bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dan Kanak-kanak).

 

Ciri keselamatan tersebut adalah:-


 - Beg Udara sebanyak enam unit
 - Blind Spot Monitor (BSM) - mengurangkan risiko pelanggaran pada titik buta
 - Rear Cross Traffic Alert (RCTA) - amaran kepada pemandu terhadap kenderaan lain semasa mengundurkan kenderaan
 - Pre-Collision System (PCS) bagi varian S sahaja 
 

 

Toyota Rush ini didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. UMWT mensasarkan angka jualan sebanyak 3,600 unit  pada 2019. Sebagai persiapan terhadap permintaan yang semakin meningkat, model ini akan dipasangkan di kilang Perodua. 


Terdapat lima pilihan warna disediakan — White, Silver Metallic, Dark Gray Metallic, Blue Metallic dan Dark Green Metallic. Tempahan bagi kedua-dua varian ini telah dibuka di semua bilik pameran pengedar sah Toyota seluruh negara bermula hari ini dan dijangka akan diserahkan kepada pembeli pada bulan Januari 2019.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…