Hyundai Tucson 2018 diberikan nafas baharu - dua varian, harga bermula dari RM123,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Sime-Darby Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan model Tucson yang diberikan nafas baharu dan kini boleh didapati di kesemua pusat pameran Hyundai yang berhampiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan ini boleh dilihat menerusi penampilan rim bersaiz 17 inci, lampu utama jenis LED di bahagian hadapan dan belakang memberikan penampakan yang dinamik kepada SUV ini. 

 


Untuk trim 2.0L Elegance, gril hadapan diwarnakan dengan Metallic Silver manakala penggunaan lampu pula adalah daripada jenis halogen ditambah dengan ciri lampu posisi, manakala bagi trim 1.6L Turbo, ia ditawarkan dengan gril Chrome Garnish, pemegang pintu krom, lampu LED dengan lampu posisi, serta ciri Low Beam Assist-Static Lights. 


Memasuki ruang kabin, rekaan papan pemuka telah diberikan nafas baharu seperti bukaan corong pendingin hawa, kluster baharu, tempat duduk balutan kulit serta rekaan skrin terapung bersaiz 7 inci terletak kemas di papan pemuka, dan menyokong sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. 

 


Untuk varian Turbo pula, ia dilengkapi dengan ciri moden terkini seperti brek parkir elektronik (EPB), Electro-Chromic Mirror (ECM), tempat duduk berkuasa dengan lapan cara dan sokongan lumbar, skrin TFT Super Vision bersaiz 4.2 inci dan kemasan kulit bagi panel hadapan. 
 


Dari segi sistem pacuan pula, varian 2.0L Elegance masih mengekalkan enjin Nu MPi yang menghasilkan 155 PS/192 Nm manakala varian 1.6L Turbo pula hadir dengan enjin T-GDI yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 177 PS dan daya kilas maksimum 265 Nm yang masuk pada putaran enjin 1,500 rpm sehingga 4,500 rpm. 

Ciri keselamatan tidak dilupakan dengan kelengkapan seperti dua beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan mendaki bukit (HAC), kawalan brek menurun bukit (DBC), sistem bantuan brek (BAS) dan pengurusan kestabilan kenderaan (VSM) sebagai ciri standard. 
 


Manakala varian 1.6L Turbo pula menerima penambahan ciri enam beg udara, sistem smart tailgate, serta amaran jarak parkir hadapan dan belakang. 

Harga jualan bagi Hyundai Tucson adalah seperti berikut:
Tucson 2.0L Elegance: RM123,888
Tucson 1.6L Turbo: RM143,888

Setiap pembelian Tucson melayakkan servis percuma untuk jarak perbatuan 50,000 km dengan tempoh sahih tiga tahun; atau jaminan selama lima tahun ATAU jarak perbatuan 300,000 km (yang mana terdahulu). 

Untuk maklumat lanjut, sila berkunjung ke pusat pameran Hyundai yang berdekatan atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Baru-baru ini, Hyundai mengumumkan kemunculan rasmi dua buah model SUV Ioniq 5 dan Tucson dalam…
Berita Global
Serentak dengan itu, pengeluar kenderaan dari Korea itu mula menerbitkan beberapa gambar teaser…
Berita Global
Berdasarkan informasi tersebut, Gotcha Cars telah pun hadir dengan imej rendering yang mungkin…