Proton X70 - Empat varian ditawarkan, enam beg udara sebagai ciri standard

oleh Mohamad Hanif|
Semalam Careta telah menghidangkan beberapa maklumat awal berkenaan SUV pertama Proton yang bakal menemui para peminatnya tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada elemen-elemen Malaysia yang diterapkan ke dalam SUV Geely Boyue itu, tidak dinafikan pasukan pereka Proton telah melakukan apa yang mereka mampu untuk menjadikan Proton X70 itu berbeza berbanding para pesaingnya. 

Apa yang menarik ialah Proton mendatangkan enam buah slot pengecasan USB termasuklah sebuah slot USB yang dikhaskan untuk kegunaan kamera papan pemuka (dashcam) dan sebuah soket 12V yang terletak di ruangan kargo. 

Berikut kami perincikan lagi pembahagian spesifikasi mengikut varian yang bakal ditawarkan oleh Proton menerusi X70 ini.

 

Empat varian utama


Menerusi Proton X70, Proton telah beralih kepada skema penamaan yang lebih ke arah global, walaubagaimanapun pembahagian varian masih mengikut skema asal sedia ada iaitu Standard, Executive dan Premium

Terdapat empat varian Proton X70 yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia iaitu

  • Proton X70 Standard 2WD
  • Proton X70 Executive 2WD
  • Proton X70 Executive AWD
  • Proton X70 Premium 2WD

Difahamkan hanya satu pilihan enjin sahaja yang ditawarkan iaitu enjin 1.8 liter turbo TGDI dengan kuasa 181 hp dan daya kilas 285 Nm yang digandingkan bersama transmisi automatik enam nisbah kelajuan

Kesemua varian hadir dengan enam buah beg udara dan tiada lagi kes model asas yang mendapat hanya dua buah beg udara sebagaimana lazimnya Proton lakukan sebelum ini.

 

Proton X70 Standard 2WD

Merupakan SUV model asas, ia hadir dengan kemasan dalaman fabrik berwarna hitam serta tempat duduk balutan fabrik hitam.

Hanya dua warna sahaja ditawarkan untuk varian Standard iaitu Snow White dan Armour Silver sebelum diakhiri dengan penggunaan rim aloi bersaiz 17 inci. 

 

Proton X70 Executive 2WD

Varian Executive ini hadir dengan kemasan dalaman dan tempat duduk kulit palsu (faux leather/leatherette) berwarna hitam.

Spesifikasi keselamatan turut ditambah dengan penawaran kamera keliling 360 darjah yang memberikan visual sekeliling, terutama ketika mengendalikan kenderaan di kawasan yang sempit. 

Varian Executive turut hadir dengan rim aloi bersaiz 18 inci dan warna pilihan Snow White, Armour Silver, Jet Grey dan Cinnamon Brown

 

Proton X70 Executive AWD

Masih membawakan spesifikasi yang sama seperti model pacuan roda hadapan, kecuali Proton telah mendatangkan sistem pacuan semua roda AWD pada varian Executive ini. 

Ia seakan meniru kelaziman yang dibawakan oleh pengeluar yang lain untuk tidak mendatangkan model pacuan semua roda pada varian tertinggi SUV keluaran mereka. 

Hanya warna Armour Silver sahaja yang dikecualikan daripada penawaran warna pada varian Executive.


Proton X70 Premium 2WD

Varian kelas atasan untuk SUV pertama Proton ini hadir dengan ciri yang lengkap seperti kamera keliling 360 darjah, bumbung suria panorama, serta kemasan trim dan kerusi balutan kulit Nappa berwarna perang.

Sistem bantuan pemandu Advanced Driver Assistance System turut melengkapi varian premium ini dengan ciri seperti brek kecemasan automatik (AEB), amaran pertukaran laluan serta sistem kawalan pemanduan (cruise contol) adaptif. 

Varian premium hadir dengan penawaran lima warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Flame Red dan juga Cinnamon Brown
 


Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, pelanggan yang berminat untuk menempah sudah boleh berbuat demikian bermula 8 September 2018 di pusat pameran yang terpilih dengan yuran tempahan serendah RM1,000 sahaja. 

Harga jualan dan promosi yang berkaitan dengan Proton X70 ini bakal diumumkan oleh pihak Proton ketika majlis pelancaran SUV ini dalam masa yang terdekat. 
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…