BMW X2 yang pertama dilancarkan pada harga RM320,800

oleh SALINA JALIL|
BMW Group Malaysia telah menlancarkan model terbaharu iaitu BMW X2 pada hari ini. Ia merupakan jentera terbaharu yang diimport sepenuhnya (CBU) dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sports Activity Coupes. BMW X2 dicipta dengan lebih sporti, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Model BMW X telah lama bertapak di Malaysia. Pada tahun lepas sahaja, kita telah menjual lebih 4,200 siri kenderaan BMW X yang bersamaan dengan 39.6% jualan BMW daripada jumlah keseluruhan iaitu 10,618 kenderaan. Hari ini, kami berbesar hati untuk memperkembangkan portfolio BMW X di Malaysia dengan jentera BMW X2 yang pertama.”
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tambah Hoelzl, jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan melalui keseimbangan pemanduan dinamik yang berciri sport. Di samping itu, penambahan ruang kabin juga meningkatkan efisiensi serta melonjakkan nama jentera ini di dalam kelas kenderaan seumpamanya. 

BMW X2 diperkenalkan melalui varian BMW X2 sDrive20i M Sport. Secara keseluruhan, reka bentuk X2 adalah lebih garang dan terserlah. 

 

 

Ciri istimewa yang kini berbeza daripada BMW yang sebelumnya adalah:
- Gril kidney yang lebih lebar pada bahagian bawah berbanding bahagian atas dan berwarna glos hitam yang dikontraskan dengan warna krom di sekelilingnya.
- Lampu hadapan LED dengan corengan glos pada permukaannya. 
- Emblem BMW di bahagian C-pillar.
- Spoiler belakang. 
- Ekzos berwarna krom glos di kedua-dua sisi kenderaan.
- Rel bumbung berwarna Aluminium Satin.
- Rim tayar bersaiz 19" M berserta spoke 715M berciri run-flat tayar.
- ruang kabin dalam yang dilengkapi dengan LED ambien dengan enam pemilihan warna tema.

 

X2 headlamp

 

Bahagian nadi BMW X2 adalah seperti berikut:-
- enjin 2.0L petrol twinpower turbo 4-silinder
- transmisi 7-kelajuan automatik
- kuasa kuda 192 h/p (maksimum)
- kadar tork 289 Nm (maksimum)
- kelajuan maksima adalah 227km/j
- pecutan 0-100 kmsj adalah 7.7saat

 

BMW x2 engine bay

 

Mod pemanduan yang ditawarkan ada tiga iaitu Comfort, Eco Pro dan Sport.

 

BMW X2 ini didatangkan dengan Comfort Access System (Sistem Akses Keselesaan) di mana pintu but boleh dibuka secara otomatik tanpa perlu menekan butang.  
Keluasan ruang but adalah 470 liter. 

 

X2 boot

 

 

Keistimewaan BMW X2 ini adalah dari dari segi teknologi perhubungan dan satu-satunya model yang dilengkapi dengan teknologi ini di mana ia direka untuk membantu, memaklumkan, dan menghiburkan pemandu dengan menggunakan perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar), Teleservices (Tele-Khidmat), Concierge Services (Khidmat Pembantu), BMW Online dan BMW Remote Services (Khidmat Kawalan Jauh BMW). 

Bahagian infotainment pula, seperti kenderaan premium yang lain, ia didatangkan kit hands-free, USB, Bluetooth, sistem navigasi, dengan paparan sentuh 8.8" serta empat pembesar suara dan dua wufer asas. 

 

bmw x2 interior

 

Bahagian pemanduan pula, ia didatangkan dengan Park Assist, Park Distance Control dan kamera undur.

 

BMW X2 didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu: 
- Galvanic Gold Metallic
- Misano Blue Metallic
- Sunset Orange Metallic 
- Black Sapphire Metallic

Ruang dalaman atau kabin berwarna serba hitam kecuali X2 yang berwarna hitam, ruang dalaman berwarna Magma Red. 
BMW X2 ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara bermula dari hari Rabu, 21 Mac 2018.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 ialah:

Harga bagi BMW X2 sDrive 20i M Sport yang Pertama  adalah RM 320, 800.00 (tanpa insurans)

Program Pembiayaan Dinamik.
BMW X2 boleh dimiliki melalui program pembiayaan dinamik yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia. Antara tawaran yang dimaksudkan ialah BMW Full Circle Programme dengan ansuran bulanan yang bermula dari RM4,498 serta bayaran muka sebanyak 20% untuk tempoh pembiayaan yang berdurasi 4 tahun dengan had perbatuan sebanyak 20,000 KM setiap tahun. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…