Sesi pra-tonton SUV X70 - pamer teknologi mobiliti terhubung daripada Geely

oleh Mohamad Hanif|
Siang tadi telah berlangsung acara preview atau pra-tonton SUV pertama Proton X70 di Petaling Jaya membabitkan para pengamal media tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini, para pembaca sudah pun melihat dengan lebih teliti rekaan luaran dan dalaman SUV, kali ini Proton mempersembahkan kepada umum bagaimana teknologi mobiliti terhubung ini dapat menjadikan kehidupan seharian lebih menyenangkan.

Apatah lagi kini kereta merupakan medium pilihan ketiga untuk manusia menghabiskan masa selepas rumah dan pejabat. 

Berikut merupakan nota yang kami sempat dapatkan ketika acara tersebut berlangsung. 

 

 

  • Seperti mana yang kita semua maklum, dengan bantuan daripada teknologi Geely, Proton X70 hadir dengan skrin sentuh bersaiz 8 inci yang hadir dengan ciri-ciri moden seperti ciri arahan suara, aplikasi mudah alih, kebolehan sambungan kepada telefon pintar, kawalan operasi jarak jauh, ciri kustomisasi mengikut selera dan juga teknologi kemas kini over-the-air (OTA). 
  • Sistem infotainmen ini mempunyai storan sebesar 16GB dengan sambungan internet 4G LTE (sehingga 150 Mbps), storan awan, serta ciri aplikasi infotainmen dalam talian.
  • malah ia juga mampu berfungsi sebagai hotspot Wi-Fi sekiranya diperlukan. 
  • Proton kini sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi negara, Celcom untuk membangunkan pelan langganan internet bulanan yang membolehkan anda menikmati kandungan hiburan tanpa had daripada storan awan secara percuma. 
  • pihak pembangun juga telah mendapat kandungan multimedia hak cipta terpelihara daripada syarikat seperti Sony Music, Warner Music dan juga Universal Music, khusus buat bakal para pemilik Proton X70!

 

 

  • Seperti yang disebutkan di atas, sistem infotainmen ini turut hadir dengan ciri kawalan suara yang mampu mengaktifkan operasi di dalam kenderaan dengan menyebut kata-kata hikmat, "Hi, Proton!"
  • Setelah sistem mengesan suara pemilik, mereka boleh mengarahkan sistem komputer untuk melakukan beberapa operasi seperti membuka dan menutup tingkap sisi dan bumbung suria, mengakses kandungan multimedia dan juga radio, sistem navigasi dan membuat panggilan telefon. 
  • Sistem yang dibangunkan oleh Nuance yang berpengkalan di USA ini disesuaikan dengan cara percakapan rakyat tempatan, membolehkan sistem memahami slang Malaysian English atau lebih popular dengan nama Manglish. 

 

 

  • Buat masa kini, sistem ini hanya mampu memahami arahan operasi di dalam bahasa Inggeris sahaja, namun ketika sesi soal jawab berlangsung, Proton mengesahkan sistem ini bakal dibangunkan di dalam bahasa Melayu juga. 
  • Buat mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris, usah risau kerana sistem ini tidak memerlukan anda berbuat demikian, sebaliknya anda boleh bercakap perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh sistem komputer. 
  • Menariknya, sistem ini juga turut dibangunkan untuk memahami arahan yang tidak langsung (indirect command)

 

 

  • Seperti contoh, anda kepanasan ketika memasuki kenderaan pada waktu tengah hari. Katakan kepada sistem, "Hi Proton, it's very hot here!" dan sistem akan memahami bahawa anda kepanasan dan terus menguatkan kelajuan kipas dan menurunkan suhu di dalam kenderaan.
  • Ataupun, ketika sedang bertemujanji bersama isteri tersayang di tepi pantai, anda ingin melihat bintang bersama-sama. Anda boleh katakan, "Hi Proton, i want to see the sky!" dan sistem komputer akan membukakan tingkap suria buat anda menikmati pemandangan bersama yang tersayang.
  • Sistem infotainmen dengan antaramuka (interface) GKUI ini dibangunkan oleh Baidu menggunakan sistem operasi Android dan menyokong sambungan Android Auto. Manakala pilihan sambungan kepada sistem operasi iOS Apple Carplay pula bakal menyusul. 
  • Menurut ketua unit multimedia Proton, kandungan muzik pada X70 ini disediakan oleh Tencent (server di Singapura), sistem navigasi oleh Baidu Maps dengan data tempatan, manakala sistem kawalan suara yang disebut diatas adalah hasil pembangunan Nuance
  • ketika kami menguji sistem ini dengan lebih dekat, terdapat sela masa sebelum sistem komputer dapat menangkap arahan suara daripada kami, atau mungkin sistem komputer tidak memahami slang Jawa Jepun yang dilontarkan oleh penulis.
  • dan ada ketikanya kami perlu restart kembali sistem kawalan suara tersebut sebelum boleh memberikan arahan, "Hey Proton, i'm very very hungry lah!"
  • Secara keseluruhannya, sistem pengaktifan operasi menerusi kawalan suara daripada Geely ini sememangnya menarik perhatian malah, mereka turut sanggup menjalankan sedikit modifikasi supaya sistem lebih memahami slang Inggeris tempatan. 
  • Sistem arahan menerusi suara ini adalah standard untuk kesemua varian SUV X70.


Ciri keselamatan pasif dan aktif 

 

  • ujian keselamatan yang dibuat oleh Chinese NCAP terhadap Geely Boyue sebelum ini membuktikan SUV ini memperoleh mata tertinggi mengalahkan pesaing-pesaingnya di negara China dengan catatan mata 58.2
  • terima kasih kepada kelengkapan standard untuk kesemua varian seperti enam beg udara, Electronic Stability Control daripada teknologi Bosch 9.1, Hill Hold Assist (HHA) dan juga Hill Descend Control (HDC)
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) pula bakal dimuatkan pada varian Executive AWD dan Premium 2WD sahaja.
  • manakala varian premium pula bakal menerima ciri Advanced Driver Assistant System (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri berikut: Automatic Emergency Brake (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Information System (BLIS) dan juga Intelligent High Beam Control (IHBC)
  • ketika sesi soal jawab media, Proton mengesahkan SUV X70 sudah pun menjalani ujian pelanggaran kereta baharu ASEAN NCAP dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat atau ketika pelancaran rasmi SUV November ini.
  • ciri kamera keliling 360o ditawarkan untuk kesemua varian X70 kecuali varian Standard
  • menerusi satu sentuhan butang, skrin tengah akan mempamerkan visual sekeliling 360o SUV ini membolehkan pemandu mengendalikan kenderaan dengan lebih selamat, terutama ketika memasuki ruang parkir atau pun di tempat yang sempit.
  • terdapat satu fungsi khas video 360o di mana pemandu boleh melihat visual daripada mana-mana arah yang dikehendaki seakan-akan terdapat rakaman kamera mengelilingi kenderaan.
  • rata-rata pengamal media amat tertarik dengan fungsi visual sekeliling dengan kebolehan untuk memerhati keadaan sekeliling kenderaan seumpama anda memerhatikannya daripada luar. 

 Aplikasi Proton Link

  • aplikasi Proton Link (yang bakal dilancarkan) membolehkan pemilik mengakses beberapa data penting seperti kadar penggunaan bahan api, jarak dan tempoh perjalanan, serta maklumat servis berkala.
  • Untuk kesenangan para wanita mencari kereta di kawasan parkir pusat membeli belah, terdapat fungsi "Find My Car" disertakan pada aplikasi tersebut. 

Tuntasnya, berdasarkan preview X70 pada hari ini, ternyata teknologi yang dibawakan daripada Geely ini sangat mengujakan dan ia sangat membantu Proton untuk memiliki satu model kenderaan yang moden di bawah jenama tempatan. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…