Lexus LFA #225 untuk dijual - warna unik Brown Stone, jarak perbatuan 816 km saja boh!

oleh Mohamad Hanif|
Lexus (Toyota) menghasilkan model LFA dengan satu tujuan - menunjukkan kepada dunia keupayaan sebenar mereka dalam menghasilkan sebuah kereta sports dan lari daripada pandangan tipikal bahawa Toyota hanya mampu menghasilkan kereta biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, agak menyedihkan apabila dengan teknologi yang telah dicurahkan oleh Toyota ke atas LFA, hari demi hari kita dapat melihat iklan LFA untuk dilepaskan dengan jarak perbatuan yang lebih rendah berbanding kereta yang lebih murah harganya.

Salah satu contoh yang kami maksudkan adalah LFA tahun 2012 yang dipaparkan dalam artikel ini, yang hanya memiliki jarak perbatuan sekitar 816 km sahaja.

 


Menurut iklan di Marshall Goldman, Lexus LFA ini memiliki warna yang unik - Brown Stone - menjadikannya salah satu model yang memiliki penampilan tersendiri berbanding daripada unit LFA yang terdapat dalam dunia.

Melengkapkan lagi penampilan tersebut adalah set rim forged bersaiz 20 inci diikuti dengan angkup brek berwarna merah dan cakera brek seramik karbon.

Ruang kabin pula didatangkan dengan upholsteri kulit tan yang membaluti tempat duduk, konsol tengah, bahagian bawah papan pemuka, dan juga di roda stereng.

 


Kehadiran plak di antara tempat duduk pula membuktikan bahawa unit LFA yang diiklankan ini merupakan model bernombor #225 daripada 500 unit yang dihasilkan.

Malah, pelekat pada cermin membuktikan harga jualan Lexus LFA adalah sekitar $394,400 (RM1.6 juta) ketika baharu keluar dari pusat pameran.

 


Semua sudah sedia maklum bahawa nadi yang digunakan pada Lexus LFA ini tidak lain dan tidak bukan enjin 4.8 liter bentangan V10 1LR-GUE yang menghasilkan 552 kuasa kuda dan 480 Nm dan diiktiraf sebagai salah sebuah enjin dengan runut bunyi yang terbaik dimuatkan pada sesebuah jentera jalanan.

Tiada sebarang harga jualan diletakkan dalam laman Marshall Goldman, hanya yang memiliki poket yang tebal dan dalam sahaja layak untuk bertanya.

Baca: Panduan Servis Lexus LFA
Baca: Ujian dyno Lexus LFA
Baca: Lexus LFA Paris Hilton untuk dilepaskan
Baca: Lexus Amerika jual tiga unit LFA
Baca: Senarai kereta dengan enjin talaan Yamaha
Baca: Lexus LFA Nurburgring Edition untuk dijual

Sumber: Marshall Goldman

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…