Pendaftaran tanda dagang "LFA" dikesan - kemunculan semula nama ikonik Lexus?

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tempoh produksi selama dua tahun bermula dari Disember 2010 hingga Disember 2012, hanya 500 unit sahaja Lexus LFA yang telah keluar dari kilang Motomachi, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang akan dibina pada masa depan.

Zaman berubah, nama LFA kemudian disebut-sebut kembali oleh presiden Lexus Koji Sato pada tahun 2022 di mana Lexus bakal menawarkan model pengganti LFA dalam bentuk supercar berkuasa elektrik.
 

lexus


Model pengganti LFA  yang diberikan nama Lexus Electrified Concept itu akan direalisasikan menjadi sebuah supercar plug-in hybrid terlebih dahulu sebelum versi BEV muncul selepas tahun 2025.

Berita tersebut diperkuatkan lagi dengan kemunculan pendaftaran tanda dagang "LFA" yang dikesan di pejabat pendaftaran paten Amerika Syarikat pada bulan Ogos lalu oleh Toyota Motor Corporation.

Tidak dapati dipastikan sama ada supercar baharu itu bakal dinamakan semula sebagai LFA, atau Toyota sekadar mahu melindungi harta inteleknya daripada digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 

LFa


Apapun nama yang bakal digunakan oleh Lexus kelak, yang pasti model pengganti LFA yang digembar-gemburkan itu bakal membawakan resipi rahsia yang diambil daripada pembangunan supercar V10 yang dibina oleh Yamaha itu.

Berdasarkan info awal, supercar itu dikatakan mampu memecut bawah dua saat dari 0-100 km/j, dengan jarak gerak sejauh 700 km, serta ciri seperti steer-by-wire, torque vectoring dan casis gentian karbon.

Apa yang bakal mengujakan para peminatnya ialah kehadiran ciri simulasi penukaran gear manual untuk sebuah model supercar berkuasa elektrik bagi menawarkan pemanduan berelektrik yang lebih mengujakan.

 

Sumber: US Patent and Trademark Office

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita ini secara tidak langsung mengesahkan laporan terdahulu di mana BMW akan melancarkan sebuah…
Berita Domestik
Rakan media Funtasticko telah berjaya menemukan pendaftaran tanda dagang "Proton X80" menerusi…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autoblog, seorang pengguna daripada laman forum Land Cruiser telah berjaya…