Lexus Amerika berjaya menjual tiga unit Lexus LFA tahun lalu!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Lexus LFA sudah lama dihentikan produksinya sejak tahun 2012 dengan hanya 500 unit yang dihasilkan di kilang Motomachi Toyota, anda sebenarnya masih boleh mendapatkan unit baharu pada tahun 2020 ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu laporan tahunan yang diterbitkan oleh Toyota, amat mengejutkan apabila Lexus berjaya menjual tiga unit lagi Lexus LFA untuk tahun lalu. 

2017, Lexus mengumumkan mereka masih lagi menyimpan stok kira-kira 12 unit sebelum menjualnya sebanyak tiga unit (2018) dan dua unit pada tahun 2018. 

Ikut perkiraan, Lexus Amerika Syarikat kini mempunyai empat lagi unit Lexus LFA untuk dijual pada tahun 2020, dan harus diingat, bukan unit terpakai, akan tetapi unit standard baru keluar dari kilang!
 


Produksi Lexus LFA hanya bermula pada tahun 2010 setelah kira-kira 10 tahun pembangunan dan Lexus hanya menghasilkan 500 unit sahaja sepanjang dua tahun produksi. 

Versi paling asas hadir dengan unit enjin standard V10 4.8 liter 1LR-GUE menghasilkan 553 kuasa kuda dan 480 Nm yang memacu roda belakang menerusi transmisi elektrohidraulik Aisin enam nisbah kelajuan. 

Manakala versi Nurburgring Package pula mampu menghamburkan tambahan 10 kuasa kuda menjadi 563 hp serta transmisi yang telah ditala semula supaya mampu menukar gear 0.05 saat lebih pantas. 
 


Jadi, jika anda mahukan sebuah Lexus LFA yang masih dara, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Lexus Amerika Syarikat. 

Sebelum itu, anda mungkin mahu membaca panduan servis Lexus LFA supaya senang membuat perkiraan di kemudian hari. 

Baca: Panduan Servis Lexus LFA

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…