VIDEO: Dengarkan simfoni terbaik Yamaha menerusi ujian dyno Lexus LFA ini

oleh Mohamad Hanif|
Terus terang penulis akui, Lexus LFA merupakan antara model kegemaran sepanjang zaman semenjak ia mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2011, selepas kira-kira 10 tahun pembangunan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah satu model yang memberikan keuntungan kepada Lexus (dan Toyota secara amnya), namun ia merupakan bukti sebenar keupayaan kejuruteraan yang ada pada Toyota.

Oleh sebab itu, hanya 500 unit sahaja dihasilkan termasuklah 50 unit versi Nurburgring yang sarat dengan modifikasi tambahan dan lebih pantas berbanding Lexus LFA standard.

Apa yang membuatkan ia lebih dikenang-kenang adalah alunan dan juga not-not ekzos yang dihasilkan daripada kerja tangan syarikat Yamaha - pakar alat muzik terkemuka.

 

 


Untuk  Lexus LFA, Yamaha diberikan tugas untuk membangunkan bersama-sama keseluruhan unit enjin 1LR-GUE serta diberikan tugas khas bagi memastikan supercar ini mampu menghasilkan bunyi yang serba unik.

Menggunakan pengetahuan di dalam ilmu muzik, Heiji Maruyama, Pengarah Urusan Yamaha telah mereka kembali komponen tangki lonjakan (surge tank) supaya bunyi yang terhasil mampu didengari dengan lebih jelas - membentuk seakan satu komunikasi antara kereta dan pemandu.

Kesan daripada itu, bunyi yang terhasil dari dalam dan juga luar kereta adalah sangat unik kepada Lexus LFA, dan disifatkan sebagai bunyi yang terbaik pernah dihasilkan oleh sebuah supercar.

Enjin 4.8 liter bentangan V10 pembakaran seiring ini mampu menjana kuasa 553 kuasa kuda dan daya kilas 480 Nm sebelum digandingkan dengan transmisi klac tunggal sequential automatik enam nisbah kelajuan Aisin.

Disebabkan kemampuannya untuk melahu ke putaran enjin tertinggi hanya mengambil masa 0.6 saat, paparan kluster meter digital telah digunakan disebabkan penggunaan meter analog tidak mampu untuk membaca dan mengikuti pergerakan putaran enjin sepantas itu.

 


Menakjubkan, setelah beberapa tahun Lexus LFA ditamatkan produksinya, hasil ujian dyno yang dijalankan oleh EkannoRacing di Bahrain ini berjaya mencatatkan angka 531 kuasa kuda dan 501 Nm daya kilas!

Jadi, duduk dengan tenang, dan nikmati alunan irama V10 yang terhasil daripada Lexus LFA ini.

 

Baca: Panduan Servis Lexus LFA
Baca: Senarai kereta talaan Yamaha

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…