Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal dikemaskini ke dalam senarai kereta Gran Turismo.
Antaranya ialah Lexus LFA yang telah menjadi kereta kegemaran di dalam permainan Gran Turismo 5 dan 6, diikuti Nissan Skyline GT-R R33 Nismo 400R, serta Porsche 911 GT3 RS 2022 yang dipandu oleh hero filem Gran Turismo Jann Madenborough.
A big update is coming next week.
— 山内 一典 (@Kaz_Yamauchi) October 29, 2023
来週、大型アップデート来ます。 #GT7 pic.twitter.com/G3PNDb3wno
Barisan belakang pula menampilkan tiga buah model kereta dari Amerika Syarikat, iatu Dodge Charger generasi kedua, Dodge Challenger Demon, serta kereta elektrik Tesla Model 3.
Akhir sekali, sebuah jentera dari Jerman iaitu Mercedes-Benz 190E (W201) namun tidak dapat dipastikan sama ada ia model Evo I, Cosworth, atau model homologasi Evo II DTM.
Lebih banyak info bakal diketahui dalam masa terdekat.
Sumber: GT Planet