Lexus LFA milik Paris Hilton untuk dijual - RM2 juta sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan oleh penulis yang memang gemarkan Lexus LFA, walaupun sudah beberapa tahun berlalu namun Lexus LFA kekal menjadi sebuah arca empat roda yang paling berseni pernah dihasilkan oleh Toyota (dan Yamaha).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit yang kami bawakan ini sudah tentu unit terpakai, namun lebih unik lagi apabila ia merupakan unit yang pernah dimiliki oleh bintang terkenal Paris Hilton. 
 


Paris Hilton nampaknya jarang memandu sendiri Lexus LFA ini memandangkan jarak perbatuan jentera V10 berwarna Pearl White ini hanyalah sekitar 6,325 kilometer sahaja. 

Mengikut cerita Daily Mail, pada tahun 2011 bekas teman lelakinya menghadiahkan sebuah Lexus LFA berwarna kuning bersempena ulang tahun yang ke-30 artis tersebut. 

Tidak lama selepas itu, mereka putus hubungan dan Paris Hilton nampaknya begitu suka akan Lexus LFA yang dihadiahkan.

Tidak lama selepas itu, beliau menukarkannya kepada sebuah lagi Lexus LFA kali ini berwarna putih. 
 


Empat tahun berlalu dan akhirnya Lexus LFA tersebut akhirnya digantikan dengan jentera McLaren 650S Spider pada tahun 2014.

Lexus hanya membina 500 unit LFA dari tahun 2010 sehingga 2012 termasuklah 50 unit Lexus LFA Nurburgring Edition. 

Enjin V10 1LR-GUE 4.8 liter talaan Yamaha itu mampu menghamburkan sehingga 553 kuasa kuda dan 480 Nm daya kilas.
 


Jika anda berminat, unit Lexus LFA ini boleh didapati di Cleveland, Ohio dengan harga bermula dari $495,900 (RM2 juta).

Namun, unit baharu masih lagi boleh didapati di pengedar Lexus Amerika Syarikat dengan stok kini berbaki empat unit. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…