MARii akan bantu SPV untuk Projek Kereta Nasional Baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menegaskan ia akan membantu syarikat berstatus Special Purpose Vehicle (SPV) dalam Projek Kereta Nasional Baharu.

Menurut Sin Chew Daily,  CEO MARii, Datuk Madani Sahari menerangkan situasi tersebut semasa sidang akhbar majlis penukaran nama MARii dari MAI.

Beliau berkata pihak kerajaan telah bersetuju bahawa Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajaan dan Swasta atau MIGHT telah diberi mandat untuk mengetuai projek tersebut.

"Sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan Projek Kereta Nasional Baharu, ia harus ditujukan kepada MIGHT," terang Madani.

 

 

"MARii akan meneruskan tugasnya seperti biasa, iaitu membantu mana-mana syarikat automotif termasuk syarikat SPV untuk projek nasional tersebut."

Kenyataan Madani juga selari dengan apa yang telah dinyatakan oleh Menteri MITI, Datuk Darell Leiking yang ditemuramah oleh Focus Malaysia baru-baru ini.

"Kami telah serahkan kepada Perdana Menteri segala informasi seperti rekabentuk-rekabentuk yang telah kami terima untuk Projek Kereta Nasional Baharu."

"Pihak MITI memang bertanggung-jawab dalam pembikinan polisi untuk industri automotif. Namun begitu, MITI akan mengikut arahan Perdana Menteri dalam menentukan arah industri tersebut. Kami hanya mampu memberi cadangan," ujar beliau tegas.

 

 

Menurut Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Eksekutif MIGHT semasa sidang media yang berlangsung bulan September lalu, prototaip Projek Kereta Nasional Baharu akan ditayangkan kepada umum awal tahun hadapan dan ia akan mula dijual menjelang tahun 2020.

Seluruh negara sekarang sedang menunggu perkembangan Projek Kereta Nasional Baharu dan diharapkan pihak MIGHT akan mengumumkan sesuatu.


* Baca laporan-laporan mengenai Projek Kereta Nasional Baharu di sini.

KERETA BARU NASIONAL AKAN MULA DIJUAL TAHUN 2020

MIGHT PAPAR FAKTA KENAPA NEGARA SUDAH BERSEDIA UNTUK PROJEK KERETA NASIONAL BAHARU

NNCP: 'JIKA SAYA FIKIR SAYA BETUL, SAYA AKAN BUAT!' - TUN M

KERAJAAN AKAN SALURKAN DANA UNTUK PROJEK R&D KERETA NASIONAL KETIGA

KERETA NASIONAL 3.0 TERIMA DANA PELABURAN RM1.6 TRILLION DARIPADA QATAR?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…