Kereta baru nasional akan mula dijual tahun 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajan dan Swasta atau MIGHT mengumumkn bahawa kereta baharu nasonal akan mula dijual dalam tahun 2020 sementara prototaip pertama akan dapat dilihat pada awal tahun hadapan.

 

Organisasi Perkongsian Pintar Pihak Kerajaan dan Swasta atau MIGHT mengumumkn bahawa kereta baharu nasonal akan mula dijual dalam tahun 2020 sementara prototaip pertama akan dapat dilihat pada awal tahun hadapan.

Menurut Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Eksekutif MIGHT, projek kereta nasional baharu atau NNCP itu akan menjana transformasi kebolehan pengilangan negara dan juga memperkukuhkan keupayaan kejuruteraan.

 

 

Beliau juga berkata tugas MIGHT ialah untuk menekankan kepentingan kenderaan nasional baharu yang diimpikan oleh Perdana Menteri agar membantu meningkatkan pembangunan negara. 

Yusoff juga mendakwa MIGHT telah diberikan mandat oleh Perdana Menteri untuk menjadi koordinator antara pelbagai kementerian, agensi, industri dan para akademik untuk menjayakan projek ini.

Pelbagai soalan dikemukakan kepada MIGHT dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diwakili oleh menterinya sendiri Yang Berhormat Mohd Redzuan Yusof kerana siaran akhbar yang diterima sebenarnya tidak mempunyai banyak beza dari apa yang pernah dikatakan oleh agensi MITI sebelum ini, MAI.

 

Might PC

 

Di bawah ialah senarai soalan dan juga jawapan yang diberikan oleh kedua-dua pihak (MIGHT dan MED).

 

Apakah beza NNCP berbanding dengan projek kereta nasional seperti Proton dan Perodua?
Proton dan Perodua bermula dengan sebuah kereta dan selepas itu bermulanya penghasilan vendor tempatan. 
Untuk NNCP, ia adalah gabungan syarikat-syarikat teknologi dan vendor-vendor tempatan untuk menghasilkan sebuah kenderaan.
"Masa hadapan dunia automotif bukannya dari syarikat kenderaan, tetapi syarikat teknologi seperti Tesla, Dyson, DHL, Google dan sebagainya," ujar Yusoff.


Apakah kenderaan yang mahu dihasilkan oleh NNCP?
Projek ini lebih kepada kenderaan berteknologi tinggi untuk generasi muda negara. Dari kajian yang dilakukan oleh MIGHT di utara tanahair, pelajar-pelajar mahukan kenderaan masa hadapan untuk mempunyai tiga kebolehan ini:

  • Sistem autonomi (pandu kendiri)
  • Teknologi keselamatan yang tinggi
  • Mampu dimiliki

 

Adakah ia sebuah kenderaan elektrik (EV), PHEV, hybrid atau yang lain?
MIGHT berkata teknologi platform tenaga untuk projek NNCP masih belum ditentukan lagi.

Adakah prasarana negara sudah cukup untuk NNCP?
Projek ini akan menjadi pemangkin kepada pembinaan infrastruktur tersebut dan Cyberjaya bakal dijadikan bandar yang sesuai untuk kenderaan EV autonomi.

Adakah ia sebuah hatchback, sedan atau SUV?
MIGHT merasakan masih terlalu awal untuk memutuskan genre kenderaan NNCP.

Berapakah kos yang perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk projek NNCP?
Kos yang diperlukan ialah sangat minimal kerana projek NNCP akan diterajui oleh syarikat-syarikat swasta
Yang pasti, ini adalah kenderaan nasional dan ia mesti dibina di dalam negara oleh rakyat Malaysia.

Siapakah syarikat-syarikat swasta yang akan menjadi rakan kongsi NNCP?
Menurut MIGHT, tidak ada lagi kata putus mengenai hal ini. Walaubagaimanapun, ia memberikan dua syarikat sebagai contoh utama -  SilTerra di Kulim dan DK Composites di Melaka. 
Menurut Yusoff, kedua-dua syarikat mempunyai teknologi yang sangat tinggi dan menjadi vendor kepada banyak industri dunia. 
Teknologi dari kedua-dua syarikat ini sangat baik untuk projek NNCP.

Adakah teknologi itu baik untuk automotif?
MIGHT menerangkan bahawa ada teknologi-teknologi itu terpaksa direndahkan agar mampu untuk industri automotif dan ada juga yang perlu ditingkatkan kualitinya untuk menepati piawaian automotif.

Berapakan harga kenderaan NNCP ini nanti?
Masih terlalu awal untuk dijawab.

 

might building

 

Adakah pasaran Malaysia cukup kuat untuk menampung kehadiran NNCP?
Pasaran di dalam negara sudah hampir tepu dan objektif NNCP ialah untuk mengeksport keluar produk mereka.
MITI akan diminta untuk membantu NNCP mencari pasaran luar negara. Pasaran yang sedang dilihat ialah Indonesia dan negara-negara Asean yang lain.

Bukankah semua agenda ini sudah dimulakan oleh Malaysia Automotive Institute di bawah MITI?
Yusoff mengiakan soalan ini dan berkata MIGHT akan bekerjasama dengan semua agensi terbabit bagi menjayakan projek ini. Cuma kali ini, MIGHT akan menjadi ketua projek raksasa ini.

Pernahkah MIGHT terbabit di dalam projek automotif negara?
Yusoff menjawab bahawa MIGHT yang memulakan program kejuruteraan melalui Formula Satu dalam tahun 1994 dan hasilnya ialah Petronas kini terkenal di seluruh dunia kerana mampu menghasilkan pelincir untuk kenderaan Formula Satu. Petronas juga katanya pernah menghasilkan enjin yang kemudian digunakan oleh Proton (?) dan dilesenkan kepada syarikat di China.

 

signage MIGHT

 

Bagaimana dengan infrastruktur pengilangan dan pemasaran?

Menteri Redzuan Yusof berkata mereka akan menggunakan kilang-kilang yang sudah sedia ada untuk memasang kenderaan ini. Begitu juga dengan pemasaran. 
Careta rasa mungkin ada penambahan lain kelak kerana isu ini tergantung dan jawapan yang diterima sebenarnya tidak begitu meyakinkan.

Adakah akan diwujudkan polisi bagi memastikan pasaran NNCP dilindungi.
Menurut Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof, perlindungan pasaran akan menjadi perkara terakhir untuk digunakan kerana Malaysia perlu hormat kepada perjanjian-perjanjian perdagangan yang sudah wujud.
Namun begitu beliau berkata Malaysia "sangat terbuka" dalam membenarkan kenderaan luar untuk datang dijual di dalam pasaran domestik.
"Kami tidak akan minta akta istimewa untuk NNCP, tetapi kami minta apa yang diberikan kepada syarikat kenderaan lain, turut diberikan kepada kami," ujarnya.

Adakah dua tahun (sekarang sehingga 2020) masa yang cukup untuk menghasilkan sebuah kenderaan berteknologi tinggi dan canggih?
"Jika kita berfikir seperti syarikat kenderaan biasa, memang tidak akan mencukupi. Tetapi jika kita berfikiran dengan daya teknologi tinggi, kita memang mampu," ujar Redzuan.

 

Jika anda mempunyai soalan-soalan berkaitan projek ini, sila emailkan kepada [email protected]

*Gambar utama iaah gambar hiasan sahaja.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat…