Kerjasama UK dan Khazanah untuk projek kereta nasional? 

oleh HEZERI SAMSURI|
United Kingdom telah menyatakan ia terbuka untuk sebarang kolaborasi dengan Khazanah Nasional Berhad dalam usaha pembangunan kereta nasional baharu Malaysia demi membantu mencapai sasaran penghasilan karbon.

Menurut laporan Bernama, Datuk Bandar London, Alderman Peter Estlin yakin kemahiran UK dalam teknologi kenderaan elektrik (EV) mampu membantu Malaysia untuk mencapai sasaran penurunan kadar penghasilan karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan Khazanah," ujarnya ketika lawatan dua hari beliau ke Malaysia.

Estlin menerangkan bahawa syarikat automotif British, Jaguar Land Rover telah pun memberikan komitmen pelaburan hampir 1 billion Pound untuk menghasilkan EV di UK.

"Pemain industri dari UK dan Malaysia boleh melihat kepada peluang kolaborasi untuk pembangunan bateri dan lain-lain proses pengilangan berteraskan berteknologi tinggi untuk EV," terang beliau lagi.

Awal tahun ini, Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof dilaporkan berkata kereta nasional yang baharu akan dilancarkan tahun hadapan dan ia adalah sebuah kenderaan yang cekap tenaga.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menyatakan dalam bulan Mei lalu bahawa projek kereta nasional akan dibiayai oleh sektor swasta seperti SillTerra Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah.

UK ialah negara asing dengan pelaburan kelapan terbesar di Malaysia - bernilai RM22.3 billion sehingga tahun 2018.

Sehingga ini, penerangan dari Estlin ialah informasi paling baharu berkaitan projek kereta nasional itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…
Berita Domestik
Prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan…