Kerajaan akan salurkan dana untuk projek R&D kereta nasional ketiga

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menyalurkan sejumlah besar dana untuk projek penyelidikan dan pembangunan kereta nasional ketiga.

Beliau menambah Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan mengumumkan jumlah sebenar dana itu kelak.

"Jika dana itu besar, ia akan menjadi penarik kepada pihak swasta untuk mewujudkan sebuah syarikat SPV (Special Purpose Vehicle) bagi projek nasional tersebut," ujar beliau kepada akhbar Berita Harian tadi.

Menteri itu juga berkata buat masa sekarang, banyak pihak swasta yang menunjukan minat akan projek tersebut.

Kenyataan Mohd Redzuan bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Awal bulan lalu Lim telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi membuat keputusan untuk melabur di dalam projek kereta nasional ketiga tersebut.

Kerajaan dikatakan tidak ada mempunyai sebarang peruntukan untuk projek kereta itu kecuali untuk kerja-kerja R&D.

Malah Lim mencadangkan projek R&D itu diberikan kepada Proton atau DRB Hicom dan tidak semestinya untuk projek kereta nasional ketiga.

Careta pernah menghadiri sidang media bersama Redzuan Yusof dan cukup untuk kami nyatakan beliau ialah seorang ahli politik 100 peratus dan suka mengumumkan perkara tanpa sebarang butiran terperinci. 

Apa yang menteri kewangan cadangkan juga memang menarik tetapi ia umpama seperti mahu memberikan duit kepada Geely. 

Apa pendapat anda? 



*Baca laporan Berita Harian di pautan ini.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Namun begitu, kita juga perlu faham bahawa akan ada yang berminat kerana mahu mencari keuntungan…
Berita Domestik
Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata buat masa ini rundingan dengan…
Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…