Di bawah ialah senarainya.
1. Perkembangan Revolusi Industri Keempat (4th Industrial Revolution) dan Industry 4.0 yang berteraskan kemajuan dalam bidang robotik, data raya (big data), augmented reality, cloud computing, Internet of Things (IOT), 3D printing, Cybersecurity, AR/VR dan sebagainya.
2. Sustainable Development Goals (SDG) - produk di masa hadapan yang akan bercirikan lestari daripada produk sekarang.
3. Negara sudah bersedia berdasarkan laporan-laporan organisasi multilateral seperti:
- Malaysia menduduki tempat ke-9 bagi negara pengeksport teknologi tinggi - Bank Dunia
- Malaysia bakal menjadi "Mighty Five Manufacturing Nations" menjelang tahun 2020 - United States Council on Competitiveness
- Malaysia berada ditempat ke-23 dalam World Economic Forum Global Competetitiveness Report 2017-2018
- Malaysia berada di tempat ke-20 dalam Readiness for the Future of Production.

MIGHT juga menyenaraikan peranan-peranan pihak industri dan kerajaan.
1. Mengembeling teknologi-teknologi yang sedai ada bukan sahaja dalam sektor automotif, malah dari pelbagai sektor yang berteknologi tiggi seperti aeroangkasa, maritim, rel dan sebagainya.
Antara contoh yang syarikat yang disenaraikan ialah:
- CTRM - komposit aeroangkasa
- FGC dan Sime Darby Plantation - nanocellulose
- BMW - kenaf (produk bahagian dalaman kenderaan)
- Petronas - Formula Satu
2. Menyelaraskan semua inisiatif dan sumber dalam menyokong projek ini. Contohnya SIRIM dan GMI.
3. Pembangunan pembekal tempatan - pembekal konvensional kereta membekal 4,000 komponen.
MIGHT juga memberikan respon kenapa kereta dipilih untuk menjayakan projek kejuruteraan teknologi tinggi negara ini.
- Kereta adalah platform terbaik untuk membawa kecekapan (competency) dan penguasaan teknologi kejuruteraan tempatan ke aras yang lebih tinggi.
- Sistem Connected Cars dan persekitaran Bandar Pintar (Smart City).
- Pembekal sedia ada (lebih 600 syarikat sejak 2017).
- Pasaran yang lebih meluas (Asean mempunyai 600 juta penduduk).
Dalam erti kata lain, MIGHT memberi kesimpulan bahawa mobiliti dan kelestarian merupakan elemen penting di dalam pembangunan NNCP.