Kereta Nasional 3.0 terima dana pelaburan RM1.6 trillion daripada Qatar?

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga.

“Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di Malaysia… Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.
 


“Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada pengalaman,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini, hari ini. - Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…