Murni - Kereta nasional ketiga kita?

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah laman web syarikat automotif telah muncul dan mendakwa mereka ialah pengilang kenderaan EV yang pertama di Malaysia dan mereka juga adalah syarikat Kereta Nasional Ketiga Malaysia.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang akan melonjakan teknologi ke peringkat seterusnya.

Sebuah gambar kereta berwarna merah dengan nombor plet bertulisan MURNI juga wujud pada laman web tersebut.

Menurut PaulTan.org, kereta merah yang dipaparkan di laman web itu bukanlah kereta buatan Malaysia tetapi sebuah model dari jenama China, SiTech DEV1, di bawah payung FAW.

Spesifikasi Murni nampak meyakinkan - jarak perjalanan sejauh 350 km dengan sekali caj, boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa 40 minit dan mampu memecut dari kosong ke 50 kmsj dalam masa 4.8 saat.

Kereta Murni yang seberat 1,120 kg ini juga menghasilkan daya kilas yang tinggi - 170 Nm dari motor elektrik 55 kW dengan daya kilas maksimum 170 Nm.

Yang kurang meyakinkan ialah laman web syarikat DK Industry ini sendiri kerana banyak imej dan gambar dicedok dari laman web lain dan butiran tentang syarikat juga sangat mencurigakan.

Dan ini bukan satu permulaan yang baik untuk sebuah syarikat yang mengaku menjadi syarikat kenderaan nasional, bukan? 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan…