NNCP: 'Jika saya fikir saya betul, saya akan buat!' - Tun M

oleh Mohamad Hanif|
Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia akan tetap meneruskan usaha untuk melaksanakan projek kereta nasional ketiga walaupun pada awalnya beliau mengakui kepentingan perlindungan kepada negara-negara membangun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengambil contoh daripada kereta buatan Jepun, beliau menegaskan pada mulanya produk tersebut tidak begitu popular oleh kerana tidak menepati standard piawaian Eropah.

Kesan daripada itu, Jepun mengambil langkah dengan meningkatkan kualiti melalui perlindungan terhadap barangan buatan tempatan sehinggalah kereta Jepun mencapai standard global. 

Begitu juga dengan Korea Selatan yang dapat memasuki pasaran global hanya selepas mereka melindungi industri tempatan mereka apabila kereta produksi massa Hyundai Pony gagal dieksport keluar. 

"Rakyat Malaysia sangat takut apabila orang barat mengkritik (produk) mereka - mereka fikir 'ini tidak bagus'

"Saya sangat malu, saya tidak peduli apa yang mereka katakan. Jika saya fikir saya betul, saya akan buat!" ujar Dr Mahathir ketika sidang media di Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) 2018 di Papua New Guinea.

Beliau turut mendakwa idea perdagangan bebas dan globalisasi daripada negara maju dipengaruhi oleh perniagaan besar yang mahukan pasaran yang lebih meluas. 
 

 

Perlindungan terhadap industri kenderaan bermotor, barangan dapur dan keperluan harian adalah diperlukan supaya negara yang sedang berkembang mampu bersaing dengan negara-negara yang memiliki skala ekonomi. 

"Saya selalu memberitahu (orang ramai), untuk membuat kereta perlukan 4 ribu komponen yang berlainan dan memasangnya bersama-sama. 

"Ia bukanlah proses yang mudah, akan tetapi kita berjaya melakukannya dalam masa yang singkat," ujarnya.

Ketika disoal kenapa Malaysia tidak memfokuskan kepada mencipta teknologi yang mampu mencipta pasaran baharu, Tun Mahathir menjelaskan bahawa membina kenderaan juga masih memerlukan teknologi baharu. 

"Jika kita tidak mempunyai projek automobil, saya tidak yakin kita akan dapat menguasai teknologi baharu," tambah beliau. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada…