Land Rover Defender 2021 dikesan - pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira dua tahun yang lalu, Land Rover secara rasmi melancarkan generasi baharu SUV off-road Defender yang membawakan pelbagai teknologi yang jauh lebih moden jika dibandingkan dengan model terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Boleh dikatakan, ramai juga yang menanti kehadiran SUV off-road ini di pasaran Malaysia, dan penantian mereka bakal berakhir tidak lama lagi.

Ini kerana rakan pembaca kami Arif Azmi telah berjaya mengesan kehadiran model Defender yang lengkap dengan balutan pelekat samaran di sekitar kawasan Ara Damansara.

 

Defender


Seperti yang kita maklum, Ara Damansara merupakan lokasi di mana Sime Darby Motor City menempatkan beberapa buah pusat pameran di bawah Sime Darby seperti Volvo, Jaguar Land Rover, Hyundai, Ford serta BMW.

Petanda pelancaran tersebut diperkuatkan lagi dengan kehadiran laman informasi khas model Defender yang boleh didapati pada website rasmi Land Rover Malaysia.
 

Defender


Berdasarkan informasi dalam laman web Land Rover Malaysia, terdapat dua bentuk badan yang bakal ditawarkan iaitu Defender 90 dan Defender 110 beserta lima varian yang bakal ditawarkan iaitu versi asas, S, SE, HSE, dan X dipadankan dengan dua opsyen enjin iaitu:

  • enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 300 PS dan 400 Nm
  • enjin mild hybrid 3.0 liter (inline-6) 400 PS dan 550 Nm

Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah lampu utama lED, rim bersaiz 18 inci dengan tayar semua musim, skrin infotainmen Pivi Pro 10 inci, tempat duduk boleh laras lapan cara, sistem audio dengan enam pembesar suara, kamera keliling 3D, penderia kedalaman air, kawalan jelajah, serta beberapa ciri keselamatan termaju.

Bagi mereka yang berminat boleh meneliti pakej yang ditawarkan menerusi laman web Land Rover Malaysia.

Baca: Land Rover Defender generasi baharu

Baca: Land Rover Defender 90

Baca; Land Rover Defender 'No Time To Die'

Baca: Land Rover Defender V8

Baca: Land Rover Defender Trophy Edition

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…