Land Rover Defender Trophy Edition 2022 tribut buat cabaran off-road Camel Trophy

oleh Mohamad Hanif|
Skema warna yang digunakan pada model Defender 2022 ini mengingatkan kita kepada cabaran off-road yang pernah dianjurkan antara 1980-an hingga awal 2000-an, Camel Trophy.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebagai satu penghormatan buat acara off-road Camel Trophy itu, Land Rover baru-baru ini melancarkan Defender edisi khas Trophy Edition dengan jumlah penghasilan sekitar 220 unit sahaja.

Sayang sekali, kesemua 220 unit itu dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

 


Defender Trophy Edition 2022 ini dibangunkan menggunakan Defender 110 P400 X-Dynamic S yang menampilkan ciri seperti ClearSight RearView, sistem suspensi udara, skrin sentuh 11.4 inci, pakej iklim sejuk, pakej Off-road serta pakej Advanced Off-road.

Selain daripada itu, penambahan yang dibuat terhadap Defender Trophy Edition ini termasuklah rak bumbung ekspedisi, perlindungan bawah badan, tangga yang boleh dilipat, kit pemasangan cangkuk tunda, pemasangan kepak lumpur, serta unit pemampat udara terbina.

 


Skema warna dua tona ini menggunakan perkhidmatan wrap khas yang diinspirasikan daripada Defender Works V8 Trophy yang diperlihatkan pada awal tahun lalu.

Defender Trophy Edition ini didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang menghasilkan kuasa setinggi 395 hp dan daya kilas 550 Nm.

Harga jualan Defender Trophy Edition ini bermula dari $90,000 (RM380,835), jauh lebih munasabah berbanding Defender Works V8 Trophy yang jauh lebih mahal ($270,000 atau RM1,142,505).

 


220 orang pembeli Defender Trophy Edition ini bakal menerima tawaran eksklusif menyertai pemanduan off-road selama satu hari (Land Rover U.S Trophy Competition), namun hanya 90 penyertaan sahaja yang akan dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang mengambil tempat di Biltmore Estate, Ashemore, North Carolina.

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…