Land Rover Defender 90 First Edition - dari RM271k di AS

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Land Rover melancarkan Defender 110, tiba giliran SUV dengan jarak antara roda yang lebih pendek, Defender 90 memunculkan diri di dalam pasaran Amerika Syarikat.

Diperkenalkan sebagai model First Edition, Land Rover Defender 90 ini bakal memiliki tanda harga bermula dari $65,100 atau RM271,435 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 

Jika dibandingkan dengan Land Rover Defender 110 First Edition, Defender 90 First Edition dijual sedikit murah dengan perbezaan $3,550 berbanding kembar 110-nya itu. 
 


Namun, menurut kenyataan rasmi daripada Land Rover, model asas Defender bakal memiliki tanda harga dalam lingkungan $50,000 (RM209 ribu). 

Dari segi konfigurasi tempat duduk, Defender menawarkan satu ciri unik iaitu Front Row Center Seat di mana anda boleh menempatkan seorang lagi penumpang di baris hadapan yang menjadi ciri standard untuk Defender 90 First Edition. 

Ini bermakna, Defender 90 mampu memuatkan sehingga enam orang pada satu-satu masa. 
 


Jika tidak diperlukan, tempat duduk tambahan ini boleh dilipat seperti biasa untuk dijadikan sebagai konsol tengah bagi memuatkan perehat tangan dan ruang meletak dua botol minuman.

Land Rover Defender 90 First Edition akan dikuasakan oleh enjin 3.0 liter enam silinder sebaris konfigurasi mild-hybrid dengan kuasa 395 hp dan 550 Nm daya kilas.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan, membolehkan pecutan sepantas 5.7 saat (0-100 km/j) dan kelajuan tertinggi 208 km/j. 
 


Walaupun dengan dimensi yang kecil, Land Rover Defender 90 ini tetap mempunyai keupayaan untuk menunda beban seberat 3,719 kg. 

Land Rover Defender akan mula memasuki pasaran bermula musim bunga tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dihadkan kepada 100 unit sahaja, kesemua jam tangan tersebut akan ditawarkan secara eksklusif…
Berita Global
Terbaharu, divisyen Land Rover Classic kini melancarkan versi baharu Works V8 Islay Edition yang…
Berita Global
Boleh didapati dalam versi petrol P400 atau diesel D300, model edisi terhad itu akan ditawarkan…