Land Rover Defender V8 2022 - 518 hp, 625 Nm, 0-96 4.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Para pembeli akhirnya boleh mendapatkan model Defender yang lebih berkuasa secara rasmi daripada Land Rover, apabila pengeluar tersebut melancarkan model Land Rover Defender V8 2022 yang boleh didapati dalam bentuk badan 90 atau 110 yang lebih panjang.

Disebalik hud enjin itu tersembunyi nadi bentangan V8 5.0 liter dengan bantuan induksi paksaan pengecas lampau yang mampu menjana 518 kuasa kuda dan 625 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Tetapan ini membolehkan Defender V8 2022 ini memecut sepantas 4.9 saat dari 0-96 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

 


Untuk mengawal penambahan kuasa daripada nadi V8 itu, Land Rover telah menambah bar anti-oleng berdiameter besar untuk mengurangkan kadar olengan badan, serta yaw controller pada diff belakang elektronik aktif bertujuan untuk memperbaiki pemanduan ketika di selekoh.

Land Rover Defender V8 juga turut mendapat tetapan pemanduan Dynamic baharu yang direka untuk menajamkan lagi respon pendikit selain mengubah tetapan suspensi.

 


Dari segi luaran, Defender V8 boleh dibezakan menerusi penampilan angkup brek berwarna Xenon Blue, sistem ekzos dengan empat tip, rim bersaiz 22 inci serta layangan warna terdiri daripada Carpathian Grey, Yulong White dan Santorini Black.

Kemasan dalaman pula terdiri daripada upholsteri Ebony Windsor dengan aksen Miko Suedecloth dan Robustec sementara roda stereng pula dibaluti dengan bahan Alcantara.

Sistem infotainmen turut menerima naiktaraf di mana skrin paparan Pivi Pro yang asal bersaiz 10 inci itu boleh ditukarkan kepada skrin opsyen 11.4 inci, manakala sistem pengecasan nirwayar kini merupakan ciri standard untuk model Defender 2022.

 


Selain daripada versi V8 standard, para pembeli yang lebih berkemampuan boleh mendapatkan edisi terhad Defender V8 Carpathian Edition yang menampilkan warna badan Carpathian Grey, pemasangan skid pan, warna hitam Narvik Black pada bumbung, hud dan pintu tailgate, serta bahagian luaran dilindungi dengan filem perlindungan dengan kemasan akhir semi-matte.

Land Rover juga turut menambah beberapa pakej luaran seperti:

  • Bright Pack - kemasan krom pada plet skid, bar jeriji, dan lencana
  • Extended Bright Pack - penambahan kemasan Ceres Silver pada cladding badan dan arca roda
  • Extended Black Pack - kemasan warna hitam berkilat

 


Setakat ini, harga jualan untuk Land Rover Defender V8 2022 tidak didedahkan secara rasmi oleh pihak Land Rover.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai satu penghormatan buat acara off-road Camel Trophy itu, Land Rover baru-baru ini…
Berita Global
Menurut laporan daripada MotorTrend, model yang bakal dinamakan sebagai Defender SVR itu bakal…
Berita Global
Walaupun pada asalnya Land Rover Defender direka untuk menawan laluan off-road, kit yang dihasilkan…