Land Rover Defender convertible mula diproduksikan oleh Heritage Customs, terhad lima unit

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tempahan dibuka sejak 2022, Heritage Customs akhinya memulakan proses produksi bagi model Defender convertible, atau nama rasminya Valiance Convertible.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada produksi unit kedua.
 

Defender


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Heritage Customs menawarkan khidmat mengubah Defender 90 menjadi sebuah Defender convertible dengan bumbung jenis lembut (soft-top), di mana angka produksi dihadkan sebanyak lima unit sahaja.

Valiance Convertible turut menampilkan tempat duduk keenam, rim tempa, trim kulit bespoke, tempat duduk sports, serta kemasan jahitan berwarna kuning supaya sepadan dengan warna luaran Sunbeam Yellow.
 

Defe


Struktur bumbung asal Defender ini telah dipotong dan diperkukuhkan dengan sangkar oleng yang menepati piawaian FIA, sementara bumbung fabrik pula diperbuat menggunakan tenaga tangan dan boleh dikawal secara elektronik.

Setiap satu unit Valiance Convertible ini memerlukan kos bermula dari €82,500 (~RM422,500) termasuk kos untuk sebuah Land Rover Defender 90, dan memerlukan masa tiga bulan untuk disiapkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, tempahan bagi model Valiance Convertible telah pun dibuka dan seperti yang diberitakan, hanya…
Berita Global
Valiance Convertible ini akan menggunakan asas daripada Defender 90 dua pintu. Bumbung asal serta…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah Heritage Customs, di mana mereka baru-baru ini memperlihatkan projek…