Triumph Motorcycles Penang kini dibuka, jadi pusat pengedar ketiga di bawah Didi Group

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycles Malaysia melengkapkan rangkaian baharunya dengan perasmian pusat pengedar cawangan Penang menerusi pengedar rasminya, GB Motorcycles Sdn Bhd.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kini Triumph Motorcycles Malaysia memilik 3 cawangan pusat 3S rasmi seluruh Malaysia di bawah pengurusan Didi Group, merangkumi cawangan Batu Caves, Petaling Jaya dan Penang.

 

2

 

Pembukaan cawangan Penang itu pastinya akan meluaskan lagi rangkaian jenama Triumph di utara tanah air, khusus buat peminat jenama asal UK itu.

Pusat pengedar baharu itu turut merangkumi bilik pameran serba baharu bersama kemudahan bertaraf dunia, kakitangan yang terlatih di samping servis selepas jualan, dan khidmat pelanggan yang terbaik.

 

3

 

Triumph Motorcycles Penang beralamat di 1680-G2B, Jalan Perusahaan, Highway Auto-City, 13600 Perai, 13600 Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sempena pelancaran cawangan Penang itu juga, Triumph Motorcycles Malaysia turut melancarkan model istimewa Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition.

 

4

 

Barisan model Street Triple 765 kini lengkap dengan kehadiran MOTO2 Edition, walaubagaimanapun hanya 6 unit yang dibawa masuk dan telah habis dijual.

Berikut merupakan harga bagi barisan model Triumph Street Triple 765:

  • Triumph Street Triple 765 R (RM59,900)
  • Triumph Street Triple 765 RS (RM73,900)
  • Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition (RM89,900)

Baca: Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…
Berita Domestik
Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas…