Triumph Motorcycles Batu Caves kini dibuka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selaras dengan perkembangan jenama Triumph di Malaysia, Triumph Motorcycles Malaysia akan merasmikan tiga pusat jualan baharu, dimana Triumph Motorcycles Batu Caves menerusi pengedar rasmi Gene Advance Sdn Bhd menjadi yang pertama dilancarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, Triumph cawangan Batu Caves itu kini menjadi pengedar rasmi pertama Triumph Motorcycles Malaysia di bawah pengurusan Didi Group.

 

2

 

Fasiliti baru di pusat pameran Triumph akan menyediakan pengalaman terbaik dalam industri kepada pelanggan, menawarkan kemudahan bertaraf dunia, kakitangan yang terlatih di samping servis selepas jualan, dan khidmat pelanggan yang terbaik.

Sempena pembukaan Triumph Motorcycles Batu Caves juga, Triumph Motorcycles Malaysia turut mengumumkan harga baharu bagi model naked popularnya, iaitu Triumph Trident 660 2023 yang bermula dari RM45,900.

 

3

 

Secara ringkas, Triumph Trident 660 2023 dikuasakan oleh enjin 660 cc 3 silinder sejukan cecair yang menghasilkan 80 HP dan 63.72 Nm.

Antara kelengkapan standard yang didatangkan ialah pendikit ride-by-wire, sistem brek ABS, kawalan cengkaman boleh laras, meter TFT baharu dan 2 pilihan mod tunggangan.

 

4

 

Peminat motosikal jenama UK itu boleh mengunjungi Triumph Batu Caves yang beralamat di No 1 – 3, Jalan Sri Batu Caves 9, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu menampilkan ruangan pameran yang menawarkan barisan model Aprilia dan Vespa…
Pelancaran Motosikal
Dengan jarak lega bumi setinggi 200 mm, sistem gantungan fork teleskopik 44 mm di hadapan yang…
Berita Global
Gabungan ini adalah antara usaha Royal Enfield untuk memastikan jenama motosikal itu lebih…