Triumph Speed 400 & Scrambler 400 X rasmi di Malaysia - Dari RM26,900

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycle Malaysia menerusi pengedar rasminya, Didi Automotive telah melancarkan dua model terbaharunya iaitu Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Speed 400 dan Scrambler 400 X merupakan model serba baharu, di mana ia kini merupakan model Triumph paling mampu milik.

 

2
Triumph Speed 400

 

Kedua-duanya telah dibangunkan oleh Triumph di Hinckley dan dipasang oleh Bajaj di India, dimana Speed 400 dan Scrambler 400 X menampilkan DNA klasik moden seperti model-model lain dengan sesaran lebih besar.

Kedua-dua Speed 400 dan Scrambler 400 X dibina menggunakan platform TR, dimana menurut Bajaj ianya dibangunkan khusus untuk digunakan oleh model Triumph sahaja.

 

3
Enjin TR Series yang dibangunkan Bajaj

 

Ianya dikuasakan nadi TR satu silinder 398 cc sejukan cecair menampilkan blok dengan sirip untuk membantu penyejukan, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang menghasilkan 39.5 HP dan 37 Nm.

Kedua-dua model juga menggunakan casis jenis perimeter yang dibangunkan daripada tiub keluli serta subframe jenis bolt-in serba baharu.

 

4
Triumph Scrambler 400 X

 

Dari segi perbezaan, Triumph Speed 400 menampilkan suspensi fork USD 43 mm di depan dengan jarak pergerakan 140 mm, manakala bahagian belakang pula menggunakan monoshock dengan tabung gas bersama fungsi preload boleh laras.

Speed 400 dilengkapi dengan rim 17 inci di depan dan belakang yang dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso III, bersama angkup brek 4 pot dan 330 mm di depan, serta angkup brek 1 pot dan cakera 230 mm di belakang.

 

5

 

Triumph Scrambler 400 X pula menampilkan suspensi USD 43 mm di depan dengan jarak pergerakan 150 mm, dan monoshock bersama tabung gas dengan jarak pergerakan 150 mm.

Sistem brek turut menampilkan angkup brek 4 pot dan cakera 330 mm di depan, serta angkup brek 1 pot dan cakera 230 mm di belakang.

 

6

 

Antara perbezaan ketara ialah Scrambler 400 X menggunakan rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci di belakang yang dibaluti tayar Metzeler.

Tetapan saiz rim dan tayar itu membolehkan Scrambler 400 X ditunggang pada permukaan off-road.

 

8

 

Kedua-duanya juga dilengkapi dengan tangki minyak bersaiz 13 liter, dan didatangkan standard dengan sistem ABS, dimana Scrambler 400 X didatangkan dengan fungsi ABS boleh laras, yang membolehkan ABS belakang ditutup.

Antara fungsi lain yang didatangkan pada kedua-dua model tersebut ialah ciri ride-by-wire, traction control, torque assist serta paparan meter digital LCD.

 

7

 

Harga untuk pasaran Malaysia ditawarkan bermula dari RM26,900 untuk Triumph Speed 400, dan RM29,900 untuk Triumph Scrambler 400 X.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…