Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition rasmi di Malaysia - 94 HP, 87 Nm, dari RM81,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycle Malaysia menerusi pengedar rasminya, Didi Automotive telah melancarkan sebuah lagi model baharu dalam siri Tiger, iaitu Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally Aragon sempena meraikan kemenangan Iván Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon menggunakan jentera tersebut pada Julai 2022.

 

2

 

Kedua-dua model Tiger 900 GT Aragon Edition dan Tiger 900 Rally Aragon hanya akan dijual khusus untuk tahun 2023, bagaimanapun pasaran Malaysia hanya akan menerima model GT.

Dari segi spesifikasi, 900 GT Aragon Edition menampilkan pelbagai ciri, teknologi dan keupayaan yang serupa dengan model 900 GT Pro.

 

2

 

Ia masih mengekalkan angka kuasa 94 HP dan 87 Nm dari nadi 900 cc  tiga silinder, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan bersama bantuan assist & slipper clutch.

Meningkatkan lagi pengalaman menunggang, ia turut dilengkapi dengan fork USD Marzocchi 45 mm dengan fungsi pelarasan elektronik RSU.

 

3

 

Dari segi luaran, 900 GT Aragon Edition tampil dengan gabungan tiga warna iaitu Diablo Red, Matt Phantom Black dan Crystal White.

Hadir sebagai model edisi istimewa,900 GT Aragon Edition turut didatangkan standard dengan bar pelindung enjin, di mana Triumph juga menawarkan lebih 65 aksesori tambahan khusus untuk model tersebut.

 

4

 

Menjadi tambahan kepada keluarga Tiger di Malaysia, Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition ditawarkan bermula dari RM81,000 sahaja.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Speed 400 dan Scrambler 400 X merupakan model serba baharu…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…
Berita Domestik
Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas…