Berita Global

Kereta terbang Aeromobil akan dilancarkan April ini!

on

Prototaip kereta boleh terbang Aeromobil yang diperlihatkan pada tahun 2014 dahulu, kini nampaknya bakal memperlihatkan Aeromobil untuk jualan secara komersial dan diperlihatkan secara rasmi pada 20 April hadapan di acara Top Maques Monaco 2017.

aeromobil main pic

 

Aeromobil baru-baru ini telah menerima  dana pelaburan sebanyak $3.2 juta (RM 14,177600.00) telah mendedahkan bahawa Aeromobil bakal menampilkan banyak penambahbaikan dari segi kejuruteraan dan rekabentuk, berbanding aeromobil asal (prototaip 3.0) yang diumumkan do Vienna, Austria dahulu.

Dengan menggabungkan kedua-dua fungsi kereta dan kapal terbang, Aeromobil ini dikuasakan oleh pendorong hibrid.Kereta boleh terbang ini dilengkapi sayap yang boleh dilipat apabila di dalam mod kereta.

Ia mampu membawa dua orang penumpang dan tujahan menggunakan kipas digunakan di dalam mod pesawat. Aeromobil direka untuk mematuhi segala garis panduan aeronautik sedia ada bagi memudahkan ia melepasi peraturan pesawat semasa. Dengan pelancarannya minggu hadapan, Aeromobil turut akan mula mengambil tempahan dari pelanggan tahun ini.

Sumber dan gambar dari:www.designboom.com

 

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *