Toyota Yaris G Limited rasmi untuk pasaran Malaysia - Lebih sporti, prestasi dipertingkat, dari RM99,600

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini telah mengumumkan kehadiran satu lagi varian baharu Yaris, iaitu Toyota Yaris G Limited yang diberikan beberapa peningkatan prestasi dengan rupa lebih sporti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan harga bermula dari RM99,600 atas jalan tidak termasuk insurans.

 

2

 

Meningkatkan keseronokan pemanduan, Yaris G Limited hadir dengan beberapa peningkatan prestari seperti penyerap hentak yang lebih tegar, pendakap casis, pengambilan udara sejuk dan pengawal pendikit.

Sistem suspensi yang ditala meningkatkan keupayaan selekoh dan lebih responsif, memberikan prestasi pemanduan yang lebih sporty pada setiap selekoh.

 

3

 

Pengawal pendikit dan pengambilan udara sejuk meningkatkan prestasinya, memastikan pecutan pantas dan pengalaman pemanduan yang pasti akan meningkatkan keseronokan.

Walaubagaimanapun, Yaris G Limited masih mengekalkan nadi 2NR-FE 1.5 NA Dual VVT-i dipadankan bersama transmisi CVT, menghasilkan 107 HP dan 140 Nm.

 

4

 

Dari segi luaran, Yaris G Limited hadir dengan kit badan aero bersama kemasan merah, lencana "G Limited", serta lima pilihan warna iaitu Two-tone Red Mica Metallic, two-tone Platinum White Pearl, Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Silver Metallic.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, "Yaris G Limited adalah bukti komitmen Toyota untuk menolak sempadan dan mentakrifkan semula pengalaman memandu."

 

5

 

"Dengan ciri-ciri termaju dan keupayaan dinamiknya meningkatkan barisan Yaris yang komprehensif, G Limited menjanjikan pengalaman pemanduan yang menggembirakan tidak seperti yang lain, memenuhi permintaan pelanggan yang mencari gabungan kecanggihan dan keterujaan.”

Toyota Yaris G Limited didatangkan dengan waranti 5 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had untuk kereta, sementara komponen prestasi pula hadir dengan 1 tahun waranti atau 20,000 km.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…