Warga emas maut terlanggar kucing

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar kucing lalu terbabas di Kilometer 29 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Kechau Tui di Lipis, pagi tadi.

Mangsa Azmi Budin, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kechau Tui menuju ke bengkel tempat lorinya dibaiki di Kampung Padang Tengku. 

 

"Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa telah terlanggar seekor kucing yang melintas jalan lalu terbabas. 

 

"Akibat kejadian itu mangsa yang cedera disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

 

Beliau meminta orang ramai uang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil membantu siasatan.

 

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.