BRABUS 750 UJI TAYAR CONTINENTAL MAXCONTACT MC7

oleh Firdaus Razani|
Continental Tyres dan Brabus bersama untuk menguji had tayar `sporty’ yang baharu sesuai untuk APAC (Asia-Pasifik), iaitu MaxContact MC7, di kemudahan ujian Continental yang terkenal di dunia, Contidrom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan menggunakan BRABUS 750 Bodo Buschmann Edisi 1/25, ujian itu membuktikan kehebatan tayar dan kejituan pengemudian dalam mengendalikan tork setinggi 900Nm.

 

brabus

 

Brabus 750 itu menggunakan tayar 275/35R21 yang dipasang di bahagian hadapan dan tayar 315/30R21 dipasang di bahagian belakang.

BRABUS 750 Bodo Buschmann merupakan bukti bagaimana prestasi moden bergabung dengan kejuruteraan yang unggul, yang membolehkan ia mencapai 0-100km/j dalam 3.3 saat, dan mencapai kelajuan maksimum 315km/j.

 

brabus

 

Continental MaxContact MC7 baharu menandingi prestasi dan kelajuan yang luar biasa, dan pada masa yang sama memastikan cengkaman yang maksimum dan pembrekan yang terbaik.

Reka bentuk Cornering Macroblocks yang unik dan Kompaun ReFlex membantu MaxContact MC7 mencapai kebolehsesuaian yang luar biasa dan cengkaman teguh pada permukaan jalan.

 

brabus

 

MaxContact MC7 juga dapat mengagihkan daya ke bahagian tayar yang lain untuk pengendalian yang lebih terkawal dan kestabilan yang luar biasa apabila pemandu mengambil selekoh tajam dalam kelajuan yang tinggi.

Ia juga menyediakan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat.

Laser-cut Sipes mempertingkatkan cengkaman dan pembrekan dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko aquaplaning dengan mengeluarkan air yang mengalir melalui alur tayar dengan cepat.

 

brabus

 

Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak membrek yang lebih pendek di jalan raya kering dan basah.

Continental dan BRABUS telah menikmati perkongsian sudah lebih sedekad, dengan kepakaran kedua-dua syarikat memastikan bahawa produk syarikat penalaan global dari Bottrop bukan sahaja boleh dipercayai tetapi juga sangat tangkas.

Kerjasama ini terus memperkukuh status Continental sebagai pembekal tayar berprestasi tinggi yang luar biasa dan dinamik, sekali gus menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan di mana-mana jalan raya.

 

brabus

 

Pada Februari 2024, Continental dan Brabus membuat pengumuman bahawa BRABUS ROCKET 1000 baharu, hanya akan menggunakan tayar SportContact 7 daripada Continental.

Tambahan itu di Pameran Motor Essen 2023, Continental dan Brabus mempersembahkan BRABUS ROCKET R 900 yang canggih, yang dilengkapkan secara eksklusif tayar SportContact 7 berprestasi ultra tinggi oleh Continental.