Mazda EZ-6 diperkenal di China, rupa depan garang, EV dan PHEV

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda EZ-6 2025
Mazda EZ-6 2025
Umum diketahui jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin berkembang dan menjejaskan kereta sedan.

Di sana-sini SUV saiz kecil sehingga besar dengan tiga baris tempat duduk berada di atas jalan dan berpotensi menggantikan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Adakah keadaan itu perlu dibiarkan ditambah sesetengah pengeluar tidak lagi menjual sedan yang biasanya ditawarkan di sesebuah pasaran.

Jika mahu mengubah keadaan atau menarik kembali minat, pengeluar sendiri perlu menawarkan sedan yang menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 Mazda EZ-6 2025

 

Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada prinsip tak berwaktu (timeless).

Sifir itu digunakan sejak dulu oleh pengeluar Itali, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, China malah Vietnam. 

Jika tidak keseluruhan pun, pengeluar boleh bermain dengan rupa depan.

Sebagai contoh Changan Mazda Automobile Corporation Ltd. (Changan Mazda) baru sahaja memperkenalkan Mazda EZ-6 di Auto China.

 

Mazda EZ-6 2025

 

Tidak seperti model Mazda sebelum ini, rupa depan diisi dengan lekukan dan panel jeriji yang menonjol dan tidak meninggalkan ruang kosong.

Mazda sebenarnya sudah beralih dari bampar kosong kepada lebih banyak bukaan sebagai contoh SUV CX-50 dan Mazda2 Eropah.

Changan Mazda merupakan sebuah syarikat yang menerima pelaburan dari Mazda Motor Corporation (Mazda).

EZ-6 berkongsi perkakasan dengan Deepal SL03 namun tidak sama seratus peratus dan boleh dilihat pada reka bentuk luar dan dalam.

 

 Mazda EZ-6 2025

 

EZ-6 merupakan model pertama dalam siri kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dibangunkan dan dikeluarkan Changan Mazda dengan kerjasama Mazda dan Changan Automobile.

Seperti biasa, EZ-6 menggunakan bahasa reka bentuk KODO-Soul of Motion dan membawa falsafah pemanduan Jinba-ittai (kesatuan kereta dan pemandu).

Dua ciri utama tersebut digabung dengan teknologi kenderaan elektrik dan teknologi pintar yang dibekalkan Changan Automobile.

Dua model akan ditawarkan iaitu sebagai kenderaan bateri elektrik (BEV) dengan jarak kira-kira 600 kilometer (km) dan hibrid plug-in (PHEV).

 

Mazda EZ-6 2025 China

 

Ciri-ciri Mazda EZ-6

  • Berasaskan tema Authentic Modern dan falsafah reka bentuk Soul of Motion dengan bentuk ala coupé
  • Membawa falsafah pemanduan Jinba-ittai. Pengendalian dan brek membolehkan kereta bertindak balas secara linear mengikut hasrat pemandu
  • Pembahagian berat model BEV dengan nisbah 50:50 Ampaian belakang pelbagai pautan, spoiler kawalan elektrik.
  • Teknologi parkir pintar menggunakan arahan suara.
  • Arahan dan tetapan kereta melalui kawalan suara, sentuhan dan gerakan.
  • Model BEV boleh dipandu sehingga 600 km. PHEV sehingga lebih 1,000 km.
  • Ukuran: 4,921 mm (p) x 1,890 mm (l) x 1,485 mm (t)
  • Tayar: 245/45R/19
  • Penumpang: 5
  • Pacuan belakang (RWD)

Pengguna di China tidak perlu menunggu lama dan EZ-6 akan dilancar menjelang hujung 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

 

 Mazda EZ-6 2025 China