ALAMI DUNIA PANTAS MERCEDES-AMG MENERUSI EMPAT MODEL KOMPAK BERPRESTASI TINGGI INI

oleh Mohamad Hanif|
Bila bercakap tentang AMG, sudah pasti barisan model mewah berprestasi tinggi terbayang di dalam kotak fikiran anda. Jenama yang sangat berprestij ini bukan sahaja gah di seluruh dunia, ia juga ada pengikut yang tersendiri di pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek untuk menawarkan barisan model berprestasi tinggi yang menjadi idaman setiap jejaka.

Tahukah anda, dengan kos di bawah satu juta Ringgit, kita sebenarnya sudah pun berpeluang untuk memiliki salah satu daripada jentera kompak AMG.

Barisan jentera kompak AMG ini bukan sahaja menawarkan prestasi mengujakan yang menjadi tanda aras segmen Performance Luxury, malah ia juga turut sesuai digunakan untuk pemanduan harian.

 

Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC

GLA


Crossover kompak lima pintu ini merupakan antara model prestasi tinggi 'aras mula' yang wujud dalam senarai AMG.

Berbekalkan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo, kuasa 306 hp dan 400 Nm itu sudah lebih daripada memadai untuk menikmati pecutan 0-100 km/j sepantas 5.2 saat (kelajuan tertinggi 250 km/j).

Selain memuatkan lima orang penumpang dan kapasiti kargo sebesar 435 liter, Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC ini turut menawarkan ciri seperti tempat duduk sports balutan kulit buatan manusia ARTICO/mikrofiber MICROCUT dengan kemasan jahitan merah, serta roda stereng AMG Performance balutan kulit Nappa.

Selain itu, Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien 64 warna, lampu MULTIBEAM LED dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus, kamera keliling 360 darjah, Active Brake Assist (atau brek kecemasan autonomi), tidak ketinggalan skrin paparan berkembar 10.25 inci dengan operasi MBUX dan sistem bunyi Burmester

Harga: dari RM370,888

 

Mercedes-AMG A 35 4MATIC

A35


Tidak sah bila bercakap tentang AMG tanpa menyebut kehadiran sedan kompak Mercedes-AMG A 35 AMG 4MATIC ini.

Sedan ini berkongsi nadi yang sama dengan crossover Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC, dengan kuasa 306 hp dan 400 Nm, dan sistem pacuan semua roda 4MATIC. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 4.8 saat sahaja.

Ia membawakan ciri-ciri eksklusif AMG seperti rim aloi AMG 19 inci, tempat duduk sports balutan kulit ARTICO/DINAMICA, kemasan trim aluminium AMG, serta roda stereng AMG Performance balutan kulit Nappa.

Selain itu, anda juga boleh bergaya dengan tali pinggang keledar merah MANUFAKTUR, menikmati mood pencahayaan ambien yang mengasyikkan di dalam kabin. 

Ciri lain termasuklah pakej Lane Tracking dengan Active Lane Keeping Assist, skrin paparan head-up dan sistem infohibur MBUX generasi terkini dengan sokongan MBUX Navigation.

Harga: dari RM350,888

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+

A45


Antara hot hatch yang paling digeruni di atas jalan raya, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+.

Menyumbang kepada prestasi yang mengujakan itu ialah penggunaan enjin empat silinder sebaris M139 2.0 liter turbo berkuasa 421 hp dan 500 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.9 saat.

Eksklusif untuk model hot hatch ini ialah kemasan AMG Night Package, AMG Aerodynamic Package, bumbung panorama, tempat duduk sports Multicontour Seat dengan AMG Performance Seat Package Advanced, serta roda stereng AMG Performance dengan pilihan bahan MICROCUT.

Bukan itu saja, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ ini turut tersedia dengan rim aloi twin-spoke 19 inci AMG, angkup brek berwarna merah, pakej AMG Real Performance Sound, dan ciri AMG TRACK PACE untuk kegunaan di dalam litar lumba.

Akhir sekali, fungsi yang mampu memudahkan urusan pemanduan termasuklah unit lampu MULTIBEAM LED, Driving Assistance Package, skrin paparan head-up, dan MBUX Navigation Premium dengan fungsi MBUX realiti terimbuh.

Harga: dari RM509,888

 


Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé

CLA

 
Peminat bentuk badan sedan yang mahukan prestasi yang hampir serupa dengan hot hatch Mercedes-AMG A 45 S itu tadi boleh mendapatkan model Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé.

Nadi 2.0 liter M139 yang sama, namun dengan prestasi pecutan 0-100 km/j sepantas 4.1 saat, sebelum dipadankan dengan sistem gantungan AMG RIDE CONTROL yang menawarkan tiga tetapan berbeza.

Secara standard, Mercedes-AMG CLA 45 S ini dilengkapi dengan AMG Night Package, AMG Aerodynamics Package, serta Driving Assistance Package, sementara AMG Night Package II, penutup tangki AMG dan AMG Aerodynamics Package Plus ditawarkan secara opsyen.

Sama seperti Mercedes-AMG A 45 S, Mercedes-AMG CLA 45 S ini turut mendapat ciri AMG Performance Seat Package Advanced, roda stereng AMG Performance balutan kulit Nappa/MICROCUT, butang kawalan roda stereng AMG, tali pinggang keledar merah MANUFAKTUR, serta plet ambang pintu AMG bercahaya.

Tidak ketinggalan, sistem infohibur MBUX NTG7 yang telah dinaiktaraf dengan dua skrin 10.25 inci, sistem bunyi Burmester, ciri AMG Real Performance Sound, fungsi AMG TRACK PACE serta dua warna baharu iaitu Hyper Blue dan Spectra Blue.

Harga: dari RM527,888

Maklumat yang lebih lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.mercedes-benz.com.my/amg

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…