Lamborghini Urus SE, Super SUV Hibrid, lebih laju daripada Urus S dan Performante!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lamborghini URUS SE
Lamborghini URUS SE
Masa untuk kereta Lamborghini hibrid telah tiba apabila Revuelto dilancarkan. Kini ketibaan kedua buat Lamborghini melalui Urus SE.

Iya, Super SUV yang melonjakkan jualan Lamborghini sejak dilancarkan kini menggunakan rangkaian kuasa hibrid atau lebih tepat lagi plug-in hibrid (PHEV).

Bukan setakat isi petrol, pemilik boleh cas Urus menggunakan plag. Urus PHEV bukan berita sedih malah memberikan lebih tujahan dan kuasa pada julat putaran enjin (rpm).

Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar diubah untuk menghasilkan sinergi dengan perkakasan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lamborghini URUS SE 2025

 

Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika digabung dengan kuasa elektrik.

Secara keseluruhannya Urus SE memiliki kuasa 800 ps pada 6,000 rpm dan tork 950Nm dari 1,750 sehingga 5,750 rpm.

Pecutan juga lebih pantas, 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.4 saat (Urus S: 3.5) dan 0 sehingga 200 km/j dalam 11.2 saat (Urus S: 12.5).

Kelajuan tertinggi pula mencecah 312 km/j berbanding 305 km/j pada Urus S dan 306 km/j untuk Urus Performante.

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Perkakasan elektrik menghasilkan 141 kilowatt (kW) dan tork 483Nm dengan bateri litium-ion 25.9 kilowatt-jam (kWj) dipasang di bawah lantai dan di atas pembeza belakang.

Motor elektrik segerak magnet-kekal berada di dalam transmisi automatik lapan kelajuan dan boleh berfungsi bagi melonjakkan kuasa enjin dan perkakasan cengkaman.

Fungsi itu membolehkan Urus SE menjadi sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) elektrik sepenuh masa dan boleh dipandu sehingga lebih 60 km dalam mode elektrik (EV).

Urus SE menjadi model pertama menggunakan sistem vectoring tork elektrik pada kedudukan tengah memanjang dengan cekam pelbagai keping elektro-hidraulik.

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Sistem dan perkakasan itu membahagikan daya kilas secara berubah-ubah dan berterusan di antara gandar depan dan belakang.

Kotak pindahan beroperasi secara bersama dengan pembeza gelincir terhad elektronik yang dipasang pada gandar belakang.

Urus SE boleh beraksi secara 'oversteering' dan terus membuktikannya sebagai kereta (SUV) sport.

Kedua-dua sistem direka dan ditala untuk melaksanakan tugas di atas pelbagai keadaan cengkaman dan gaya pemanduan.

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Secara ringkas, sistem menyediakan cengkaman dan kelincahan maksimum sama ada dipandu di litar, bukit pasir, ais atau tanah.

Setara mana hebat pun, Urus adalah sebuah SUV dan perlu mempunyai sifat SUV yang lasak.

Sebagai sebuah jentera hibrid, Lamborghini menambah empat mod baharu Electric Performance Strategies (EPS) menjadikan sebelas kesemuanya.

Strada, Sport dan Corsa (jalan dan litar) Neve, Sabbia dan Terra (permukaan lain daripada aspal) menyambut mod EV Drive, Hybrid, Recharge dan Performance.

 

 Lamborghini URUS SE 2025

 

Kegunaan mod EV

EV Drive

  • Dibangunkan dan ditala untuk pemanduan bandar dengan jarak pemanduan elektrik lebih 60 km dan kelajuan tertinggi lebih 130 km/j.
  • Nadi V8 akan membantu motor elektrik secara automatik di atas julat kelajuan tersebut. 
  • Enjin juga akan membantu dari segi tujahan apabila permintaan melebihi kuasa yang tersedia dari motor elektrik.

Hybrid

  • Tersedia di dalam mod Strada. Membekalkan kecekapan maksimum dan keselesaan dengan keseimbangan optimum di antara enjin dan motor elektrik.
  • Mod yang bersesuaian untuk pemanduan harian.

Recharge

  • Tersedia di dalam mod Strada, Sport, Corsa dan Neve. Pengecasan semula sehingga 80 peratus sambil mengekalkan prestasi optimum.

Performance

  • Tersedia di dalam mod Strada, Sport, Corsa, Sabbia dan Terra. Untuk menikmati potensi penuh Urus SE!

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih, pegas udara akan membuat larasan jarak kelegaan bumi dari 15 mm sehingga 75 mm.

Parameter yang melaras stereng, pemanduan dan bunyi V8 berada di dalam Personality.

Dari segi pengendalian, tumpuan istimewa diberi kepada talaan sistem ampaian udara untuk menonjolkan setiap mod pemanduan

Sebagai contoh mod Sport lebih menyeronokkan termasuk meningkatkan tingkah laku transmisi bagi membantu permulaan dan penerusan drift. 

 

 Lamborghini URUS SE 2025

 

Tetapan dalam mod Corsa direka untuk pemanduan di litar.

Ciri tersebut sebahagiannya disumbang ECU/elektronik ampaian yang mengawal pergerakan casis (olengan, lonjakan dan beberapa lagi).

Pengawalan tersebut menjadikan kereta begitu stabil dan responsif di litar dan permukaan sukar dan cengkaman rendah.

Perkakasan yang memainkan peranan ialah bar antigoleng yang diuruskan sistem elektronik 48 volt. 

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Menghubungkan kuasa di atas jalan ialah set rim aloi Galanthus saiz 23 inci dengan tayar baharu Pirelli P Zero atau tayar saiz lain mengikut pilihan pelanggan.

Dari segi rekaan, Urus SE berbeza dengan Urus lain. Lampu besar baharu dengan teknologi LED matrix, tukup enjin bampar depan dan belakang tidak sama. 

Bahagian belakang diilhamkan dari Gallardo dan nampak kemas selain menggunakan peresap baharu. 

Bersama spoiler baharu, peresap meningkatkan daya mendap belakang sebanyak 35 peratus pada kelajuan tinggi berbanding Urus S.

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Kecekapan aerodinamik turut dipertingkat melalui liang udara bawah badan baharu dan saluran udara yang mengalirkan lebih banyak udara.

Udara dihantar untuk penyejukan perkakasan mekanikal dan enjin dengan 15 peratus peningkatan berbanding Urus asal.

Rekaan bahagian depan baharu dan pengoptimuman aerodinamik bahagian bawah turut menambah baik pengurusan aliran udara khusus untuk sistem pembrekan.

Secara terperinci, penyejukan udara baharu 30 peratus lebih baik berbanding sistem sebelum ini.

 

Lamborghini URUS SE 2025

 

Pada bahagian dalam Urus SE menggunakan skrin lebih besar saiz 12.3 inci dengan antara muka manusia-mesin yang lebih intuitif dan grafik baharu.

Perkakasan lain turut diperkemaskan. Lamborghini menawarkan gabungan 47 warna dan empat jenis sulaman atau tambahan lain melalui program Ad Personam.

Terdapat lebih daripada 100 warna badan termasuk pilihan baharu Arancio Egon (jingga) dengan dalaman Arancio Apodis (jingga).

Satu lagi warna baharu ialah Bianco Sapphiru (putih) dan dalaman Terra Kedros (terracotta).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lamborghini URUS SE 2025