Berita Domestik

Kia Picanto generasi ketiga didedahkan

on

Setelah kami menunjukkan anda lakaran rupa Kia Picanto bulan lepas, ini dia gambar sebenar rupa Kia Picanto baharu.

458399

Kia Picanto generasi ketiga ini dihasilkan di pusat-pusat rekabentuk Kia di Namyang, Korea dan di Frankfurt, Jerman. Ia memberikan rupa yang lebih bertenaga dan segar untuk pilihan kenderaan dalam segmen A.

Model yang digambarkan ini ialah varian GT-Line yang lebih bergaya sporty, dengan garisan ukiran badan yang tegap dan amat mempersona.

458398

Saiz Picanto generasi ketiga ini 15mm lebih panjang dari segi wheelbase (dikira dari jarak roda depan ke roda belakang) memberikan penampilan yang lebih yakin dan segak.

Pilihan warna baharu barisan Picanto juga lebih terserlah, dengan 11 pilihan warna baharu.

Ruang dalamnya menampilkan ciri-ciri hiasan dan kemudahan baharu yang lebih berkelihatan mewah dan berkualiti, dengan skrin ala terapung dan sistem infotainment baharu.

458397

Warna trim ruang dalamannya juga terdapat dalam pelbagai kombinasi, mengikut citarasa pembeli.

Kia Picanto baharu ini akan diperkenalkan secara rasminya pada bulan Mac di pertunjukkan automotif Geneva Motor Show.

Recommended for you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *