Sama seperti penawaran yang dibuat oleh Modellista, kit badan Wald sememangnya dihasilkan khusus untuk menjadikan penampilan Land Cruiser 2022 lebih mesra jalanan dan bukannya untuk meredah laluan berbatu dan berliku.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang dibekalkan, pakej kit badan ini merangkumi beberapa set kemasan bampar hadapan, kemasan gril hadapan yang lebih agresif, fender flare yang lebih lebar, serta beberapa set rekaan rim bersaiz besar untuk dimuatkan pada arka roda.
Tiada sebarang gambar bahagian belakang diberikan namun anda boleh jangkakan penawaran yang serupa pada bahagian bampar belakang sebagaimana opsyen yang dibuat pada rekaan bampar hadapan.
Seperti yang disebutkan, penawaran kit badan Wald untuk Land Cruiser 2022 ini bakal diperlihatkan secara rasmi menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.