Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu Daihatsu Hijet.

Kit badan Hijet Fuzz tersebut merangkumi dua bahagian, iaitu muka hadapan baharu dengan ciri unik lampu utama berlapis, diikuti dengan bampar belakang rekaan baharu.
Pembeli boleh mendapatkan kit lengkap dengan kos sekitar 393,800 yen (RM12,529), atau membelinya secara berasingan - 327,800 yen (RM10,412) untuk muka hadapan, dan 81,400 yen (RM2,586) untuk bampar belakang.

Bagi mereka yang mahukan jalan singkat, DAMD turut menjual kei car Hijet yang sudah siap diubahsuai, lengkap dengan kit badan yang anda mahukan.
Di pasaran Jepun, Hijet dan Atrai sebenarnya berkongsi komponen yang sama, namun dibezakan dengan penawaran spesifikasi di mana Hijet lebih dikhususkan untuk kegunaan komersial, manakala Atrai pula lebih sesuai sebagai kereta penumpang.