Land Cruiser kini secara rasmi sertai pasukan polis Dubai, Abu Dhabi

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran rasmi Toyota Land Cruiser, SUV off-road generasi baharu yang menggunapakai platform TNGA-F itu kini secara rasmi menyertai pasukan peronda polis Abu Dhabi dan Dubai, serta unit pertahanan awam Dubai (Dubai Civil Defence).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis penyerahan unit pertama itu dianjurkan sendiri oleh pengedar rasmi kenderaan berjenama Toyota di sana, Al Futtaim Motors, selain menyaksikan 50 pemilik pertama Land Cruiser 2022 menerima kunci masing-masing.

 


Al Futtaim Motors mempunyai sejarah yang cukup panjang di Emiriah Arab Bersatu, di mana unit pertama Land Cruiser diimport masuk pada tahun 1955 lagi, menurut laporan daripada The National News.

Selain daripada itu, populariti Land Cruiser menyaksikan SUV itu dinobatkan sebagai model paling popular oleh Car Insurance UAE, selain menjadi pilihan utama di negara lain seperti Bahrain, Oman dan Kuwait.

 


Bagi memastikan Land Cruiser 2022 ini cukup bertenaga untuk menawan laluan off-road, Toyota membekalkan enjin bentangan V6 yang boleh didapati dalam dua versi.

Enjin pertama merupakan nadi 3.5 liter V6 petrol yang menghasilkan 409 kuasa kuda dan 650 Nm, sementara model 3.3 liter V6 diesel pula menghasilkan 304 kuasa kuda dan 700 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Baca: Spesifikasi penuh Toyota Land Cruiser 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Australia, syarikat Creative Conversions kini menawarkan pakej modifikasi Land Cruiser 300…
Berita Global
Namun, disebalik sambutan yang cukup hangat itu Toyota telah mengenakan satu syarat ketat untuk…