TAS 2024: DAMD ubah Jimny jadi crossover hot hatch era 80-an

oleh Mohamad Hanif|
Kebiasaannya, tema ubahsuai Suzuki Jimny generasi baharu banyak diinspirasikan daripada model-model SUV off-road terkenal, seperti Land Rover Defender dan Mercedes-Benz G-wagen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang bakal menarik dan mencuri tumpuan umum, iaitu European Masterpiece.

Seperti yang anda lihat, DAMD berjaya mengubah penampilan Suzuki Jimny yang asal menjadi sebuah crossover Lancia Delta Integrale dan Renault 5 Turbo – model hot hatch yang popular era 80-an.
 

Delta


Bagi mereka yang meminati Lancia Delta Integrale boleh mendapatkan pakej kit The Little Δ. yang mengubah muka depan dengan kehadiran empat unit lampu utama, jeriji krom, serta bampar kustom.

Sementara bahagian sisi pula mendapat penambahan fender lebar, sayap belakang ala Delta, sebelum diakhiri dengan pemasangan rim aloi OZ Racing.
 

R5


Pakej The Little 5. pula membawakan elemen yang diinspirasikan daripada Renault 5 Turbo, seperti unit lampu utama, jeriji, kemasan warna biru, bampar hitam, liang kemasukan sisi palsu, dan spoiler bumbung yang berbeza.

Terdapat juga decal Non-Turbo pada bahagian sisi yang mengingatkan kita kepada status enjin asal Suzuki Jimny yang tidak didatangkan dengan sebarang induksi paksaan.
 

OZ


Sama seperti enjin, casis asal Suzuki Jimny ini juga masih lagi kekal standard, membolehkan pemilik menikmati pemanduan off-road di dalam ‘hot hatch 80-an’ tanpa sebarang kebimbangan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Salah satu daripada pakej yang ditawarkan, iaitu Little G Traditional telah diberikan nafas baharu…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…