Toyota bZ4X itu juga boleh bersiap sedia untuk acara-acara tertentu apabila diperlukan.
Menurut unit rondaan tersebut, Toyota bZ4X telah dipilih disebabkan oleh trenkuasa pacuan semua roda dan saiznya yang tidak terlalu besar untuk tujuan rondaan di kawasan yang disebutkan tadi.
Malah, sifatnya sebagai sebuah kenderaan sifar emisi menjadikannya lebih sesuai dipandu di taman-taman berbanding kenderaan diesel yang digunakan sebelum ini, memandangkan kebanyakan kawasan di London kini diklasifikasikan sebagai kawasan emisi ultra rendah (Ultra Low Emission Zone).
Di UK, Toyota bZ4X dilengkapi dengan dua motor elektrik berkuasa 215 hp yang memacu semua roda, dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 71.4 kWh dan jarak gerak sejauh 411 km untuk sekali cas penuh.
Baca: Toyota bZ4X
Baca: Toyota bZ4X @ Malaysia