Honda Prologue 2024 debut - SUV elektrik pertama Honda, kongsi platform GM, jarak gerak 482 km

oleh Danial Yasin Suhaimi|
SUV elektrik pertama dari Honda, Honda Prologue 2024 akhirnya debut secara rasmi bagi merancakkan saingan dalam pasaran SUV elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda Prologue merupakan hasil kerjasama dengan jenama gergasi US, iaitu GM di mana ia berkongsi platform binaan BEV3 dan bateri Ultium yang sama seperti Chevy Blazer EV.

Walaupun berkongsi platform, Honda Prologue memiliki kelebihan tersendiri dengan tetapan suspensi unik, penggayaan dan tahap keselesaan ruang dalaman yang mampu menarik minat pelanggan.

 

2

 

Setakat ini perincian lengkap mengenai spesifikasinya belum didedahkan, namun Prologue bakal hadir dengan pilihan varian  tetapan motor tunggal (FWD) dan motor berkembar (AWD)

Menurut Honda, Prologue dengan tetapan motor berkembar itu mampu menghasilkan 288 HP dan 536 Nm, dikuasakan pek bateri 85 kWj yang membolehkan jarak gerak sehingga 482 km.

Dari segi kuasa pengecasan, Honda Prologue mampu menyokong sehingga 155 kW untuk pengecasan pantas DC, di mana ia mampu menambah jarak 104 km dalam masa 10 minit.

 

2

 

Dari segi saiz, Prologue memilik panjang dan lebar yang hampir sama seperti Honda Passport, di mana ia memiliki dimensi 4,877 mm panjang, 1,989 mm lebar, 1,643 mm tinggi, serta 3,094 mm jarak roda.

Menariknya, Honda Prologue akan ditawarkan dengan tiga pilihan trim, iaitu EX, Touring dan Elite, di mana trim EX dan Touring akan dilengkapi set rim bersaiz 19 inci, dan Elite akan dilengkapi set rim bersaiz 21 inci.

Pada bahagian dalam, rekaannya kelihatan hampir sama seperti model Accord hibrid pasaran US, di mana ia dilengkapi kluster instrumen digital bersaiz 11 inci dan skrin infotainment bersaiz 11.3 inci di tengah.

 

4

 

Skrin infotainment itu turut terbina dengan sistem Google secara standard, di mana ia dilengkapi dengan ciri Google Maps, Assistant dan Play Store.

Antara kelengkapan standard lain ialah pemanas tempat duduk hadapan, tempat duduk kuasa, kawalan iklim dwi-zon dan pengecas telefon tanca wayar.

 

5

 

Untuk tambahan ciri pada trim, ianya akan dilengkapi dengan sistem bunyi Bose bersama 12 pembesar suara, tetapan memori tempat duduk, pemanas stereng, tempat duduk hadapan berventilasi dan paparan head-up.

Tempahan bagi SUV elektrik pertama Honda itu akan dibuka bermula hujung tahun ini dan mula dihantar pada awal tahun 2024, di mana harga untuk pasaran US dijangka bermula dari USD45 ribu hingga USD60 ribu (RM211,050 - RM281,400).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan menerusi kerjasama dengan GM dengan penggunaan platform fleksibel BEV3, unit pacuan dan…