VinFast VF3 - SUV elektrik mini dengan jarak gerak 201 km

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Consumer Electronics Show, VinFast menggunakan kesempatan itu untuk memperkenalkan model terbaharu yang bakal menarik minat golongan muda, iaitu VF3.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Vinfast VF3 secara asasnya merupakan sebuah SUV elektrik kecil dua pintu dengan rekaan badan yang berpetak, bumbung terapung dan dihiasi dengan plastik pelindung di sekeliling badan.
 

VF3


Ia membawakan ukuran sepanjang 3,190 mm, lebar 1,679 mm, tinggi 1,621 mm di mana ia jauh lebih pendek berbanding Fiat 500e dan Jimny tiga pintu.

Biarpun dengan binaan badan yang kompak, VF3 masih lagi mampu memuatkan empat orang penumpang pada satu-satu masa, serta ruang kargo sebesar sehingga 550 liter.
 

VF3


Menurut VinFast, VF3 bakal membawakan susun atur papan pemuka yang minimalis selain menempatkan skrin infohibur sebesar 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Tiada sebarang info berkenaan sistem trenkuasa yang digunakan, namun VinFast mengesahkan model VF3 ini mampu bergerak sejauh 201 km untuk sekali cas penuh.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Daripada dua model tersebut, kita dapat melihat penampilan logo "H" baharu Honda yang bakal…