Proton X70 CKD mula fasa produksi hari ini di Tanjung Malim

oleh Mohamad Hanif|
Setelah hampir setahun Proton X70 menjalani kehidupan baharu sebagai salah sebuah kereta Proton yang diimports secara terus dari China, Proton diberitakan bakal memulakan fasa produksi secara tempatan SUV tersebut pada hari ini (13 Disember).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini turut menguatkan lagi desas-desus bahawa pelancaran sebenar Proton X70 versi CKD tidak akan berlangsung sehingga hujung tahun ini, berkemungkinan besar ia akan dibuat pada awal bulan hadapan atau selewatnya Februari 2020. 

Pertengahan tahun yang lalu, Kilang Proton Tanjung Malim telah pun memulakan fasa tempoh percubaan pemasangan Proton X70 secara semi-automatik untuk melihat gambaran sebenar proses pemasangan sepenuhnya yang dijadualkan pada penghujung tahun ini. 

Dan dalam masa yang sama, Proton juga sedang bekerjasama dengan Altel Communications Sdn Bhd dan eCarX (Hubei) Technology Co. Ltd China untuk membangunkan sistem teknologi terhubung pada kenderaan-kenderaan baharu mereka. 
 


Dan jika diimbas kira-kira setahun yang lalu, Proton juga turut mengorak langkah dengan mengadakan kerjasama memorandum persefahaman (MoU) antara vendor-vendor tempatan dan juga rakan kongsi luar negara demi mempersiapkan standard teknologi dan kualiti yang diperlukan di Kilang Tanjung Malim. 

Baca: Proton tandatangani MoU dengan rakan kongsi luar

Baca: Proton mula tempoh percubaan produksi X70

Selepas model pertama Geely (Proton X70) dipasang, ia akan disusuli oleh Proton X50 (crossover segmen B) dan sebuah model pengganti MPV Exora yang kini sudah terlalu berusia untuk dipasarkan. 

Memandangkan Proton X70 kini 'dilahirkan' di Malaysia, pihak Geely membenarkan jurutera Proton menala kembali aspek Ride & Handling pada SUV ini supaya ia benar-benar sebuah SUV Proton. 

Baca: Geely mahu Ride & Handling Proton!


Selain daripada itu, difahamkan Proton X70 juga turut mendapat nadi baharu enjin 1.5 liter TGDi yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan (dan tombol gear baharu!). 

Namun, apa yang bakal menarik perhatian adalah bagaimana Proton mahu memposisikan harga jualan SUV segmen C tersebut, memandangkan batch pertama yang dijual tahun lalu sudah memiliki julat harga yang sangat menarik perhatian - bermula dari RM99,800 sehingga RM123,800.

Tunggu sahaja berita lanjut dari kami!

Baca: Spesifikasi Proton X70 CKD terdedah

Baca: Lima perkara anda perlu tahu berkenaan Proton X50

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Perjanjian itu merupakan hasil kerjasama kedua antara Proton dan smart, di mana pada tahun 2022…
Berita Domestik
Pelancaran barisan stamping baharu itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri…