Proton tandatangan MoA bersama smart - Kaji kemungkinan pemasangan tempatan di Tanjung Malim

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 semalam, Proton dan smart Automobil telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi mengkaji kemungkinan untuk memasang kenderaan smart secara tempatan di kilang Proton Tanjung Malim.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian itu merupakan hasil kerjasama kedua antara Proton dan smart, di mana pada tahun 2022 Proton telah dilantik sebagai pengedar rasmi untuk kenderaan smart di pasaran Malaysia dan Thailand.

Tandatangan perjanjian tersebut telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdulah, dan Naib Presiden Jualan Global, Pemasaran dan Selepas Jualan smart Automobile, Mandy Zhang.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Presiden Global smart Automobile, Tong Xiangbei, dan Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET, Zhang Qiang, serta Pengarah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Unny Shankar.

 

2

 

Dr Li Chunrong berkata, “MoA baharu antara Proton dan smart Automobile membawa kerjasama kami ke tahap baharu kerana kini kami dalam perbincangan mengenai memasang model smart di Malaysia.”

“Sebagai pengeluar automotif, Proton sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart,”

“iaitu bukan sekadar pengedar untuk rantau ASEAN sahaja, kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan kerana kedua-dua syarikat adalah ahli Kumpulan Geely.”

Semenjak perjanjian pertama termeterai, Proton telah menghantar kumpulan pekerja ke China bagi menjalani latihan sambil kerja khusus untuk industri EV dan  membina kumpulan bakat bagi rancangan pasaran EV masa depannya sendiri.

Ia juga telah menguji smart #1 secara meluas di Malaysia untuk mendapatkan pengetahuan tentang prestasinya apabila dipandu dalam iklim yang unik dan keadaan jalan raya di sini.

 

3

 

Sementara itu, PRO-NET sebelum ini juga telah menandatangani MoU dengan Gentari bagi meningkatkan hubungan kerja dengan pemegang kepentingan ekosistem EV lain.

Langkah terbaharu juga melibatkan pelancaran aplikasi Hello smartApp di mana ia menawarkan empat ciri pertama di Malaysia termasuk penyepaduan 70 peratus peta pengecasan daripada pengendali pengecasan, untuk mengenalpasti ketersediaan, tempahan dan pembayaran untuk pengecas EV dalam negara.

Semalam juga, tempahan bagi bagi model smart #1 untuk pasaran Malaysia telah, di mana pelancaranya dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini.

Para pelanggan boleh menempah smart #1 menerusi aplikasi Hello smart App, dengan yuran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

 

Baca: Tempahan smart #1 2023 dibuka

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…