Proton sudah mulakan tempoh percubaan produksi X70 di Tanjung Malim

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahun 2019 bakal menjadi satu tahun yang sangat bermakna buat Proton apabila model SUV pertama mereka kini dijangka memasuki fasa produksi CKD tidak lama lagi. 

Berita ini timbul apabila Menteri Industri dan Teknologi Informasi China, Miao Wei melawat fasiliti pemasangan Proton di Tanjung Malim sekaligus menyaksikan tandatangan memorandum antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd. 

Kerjasama ini dilihat bakal memberikan kelebihan kepada Proton, terutama bagi membangunkan teknologi terhubung di dalam kenderaan pada kereta-kereta keluaran mereka. 

Ketika ini, para jurutera dan pekerja di kilang Tanjung Malim sudah pun memulakan fasa produksi semi-automatik bagi mendapatkan gambaran sebenar proses yang akan beroperasi sepenuhnya pada separuh kedua tahun ini. 
 


Fasa produksi X70 CKD ini akan memberikan petanda bahawa Proton kini benar-benar serius untuk menakluk kembali penguasaan pasaran tempatan, diikuti oleh Proton X50 dan pengganti Proton Exora. 

Antara berita baik yang bakal diterima oleh peminat Proton ialah Geely mula membenarkan Proton untuk menala kembali sistem suspensi SUV dengan pengetahuan Ride & Handling Proton supaya lebih sesuai dengan keadaan jalan di Malaysia. 

Selain daripada itu, spesifikasi Proton X70 juga dijangka akan ditambah baik nilainya bagi menjadikan setiap sen yang dilaburkan adalah berbaloi untuk harga yang ditawarkan. 

Dari segi penawaran enjin juga, SUV ini akan menerima sebuah enjin baharu 1.5 liter turbo TGDI yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, selain mengekalkan penawaran enjin asal 1.8 turbo TGDI. 
 


Sementara itu, bulan lalu Proton mencatatkan angka jualan tertinggi sebanyak 10,611 unit dengan peningkatan sebanyak 51.3% berbanding bulan April. 

Peratusan pegangan pasaran untuk bulan Mei juga dianggarkan pada kadar 17.2%, menandakan satu lagi kejayaan Proton semenjak Januari 2016.

Ia disumbangkan oleh jualan rancak SUV Proton X70, diikuti oleh pengenalan model facelift Iriz dan Persona 2019 dan pengenalan Exora 2019 yang masing-masing dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar dan terkini, sesuai dengan peredaran zaman. 


Sumber: CarList

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…