Spesifikasi Proton X70 CKD tertiris - dijangka lebih berbaloi!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan berita sebelum ini meramalkan bahawa fasa produksi Proton X70 versi CKD bakal dimulakan pada suku ketiga tahun ini setelah pembesaran kilang di Tanjung Malim siap. 

Daripada rakan media kami, Funtasticko.net mendedahkan senarai varian yang bakal membuat kemunculan buat kali kedua setelah pelancaran rasmi X70 CBU pada tahun lalu. 

Jika versi CBU sebelum ini hadir dengan empat varian sahaja, versi pemasangan Tanjung Malim pula akan hadir dengan enam varian seperti berikut: 

  • Standard 2WD (enjin 1.8 liter TGDi AT)
  • Standard 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Executive 2WD (enjin 1.8 liter TGDi AT)
  • Executive 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Executive AWD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)
  • Premium 2WD (enjin 1.5 liter TGDi DCT)

 


Enjin  4G18TDB 1.8 liter turbo akan dikekalkan untuk penawaran varian Executive dan Standard, manakala varian selebihnya akan hadir dengan enjin 1.5 liter turbo yang digunakan pada Geely Binyue (SX11) dan Geely Jiaji (VF11).

Baca: Proton sah daftar tanda dagangan X50

Baca: Pengganti Proton Exora - Geely Jiaji (VF11)

Enjin 1.5 liter TGDI ini menghasilkan 177 PS dan daya kilas 255 Nm yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar DCT tujuh nisbah kelajuan. 

Atas kertas, enjin 1.5 liter ini nampak seperti kekurangan kuasa jika dibandingkan dengan enjin 1.8 liter (182 hp/285 Nm), namun diharapkan dengan penggunaan transmisi DCT yang lebih cekap itu akan memberikan penggunaan bahan api yang lebih baik. 
 


Berdasarkan ujian penggunaan bahan api yang dibuat oleh media China, enjin baharu itu mampu mendapatkan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.7 liter untuk setiap 100 km bagi model SX11 yang lebih kecil. 

Diramalkan bacaan tersebut tidak akan lari jauh jika dibandingkan dengan 7.8 liter/100 km yang digembar-gemburkan (penulis mendapat bacaan 9.8 km/100 km). 

Jadi, tidaklah perlu pemilik baharu X70 CKD kerap sangat ke stesen minyak, kan? 
 


Kami menjangkakan pengenalan X70 CKD dengan enjin 1.5 liter itu tidak akan mengalami penurunan harga yang sangat ketara, namun ia akan hadir dengan lebih aksesori dan menjadikan SUV segmen C itu satu pembelian yang sangat berbaloi untuk setiap wang ringgit yang dibelanjakan.

Setakat ini tiada sebarang berita lanjut berkenaan spesifikasi akhir Proton X70 CKD, tunggu dan lihat sahaja bagaimana Proton mahu menawarkan SUV ini kepada rakyat marhaen. 

 

 

Sumber: Funtasticko, Automachi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…