PROTON, Rakan kongsi luar negara tandatangani MoU - pelaburan baharu bernilai RM170 juta

oleh Mohamad Hanif|
Proton mengambil satu langkah kehadapan untuk pengeluar tempatan SUV X70 apabila sekumpulan pembekal Proton menandatangani perjanjian kerjasama bersama rakan kongsi luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian kumpulan pertama ini merangkumi skop usaha sama sehinggalah kepada bantuan teknikal, dengan jumlah pelaburan yang bernilai RM170 juta ke Malaysia. 

Majlis yang diadakan di Proton Tanjung Malim Sdn Bhd ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Exco Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak serta turut dihadiri oleh  Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim, dan ; Dato' Sero Syed Ahmad Faisal Albar, Pengerusi Proton; Dr Li Chunrong, CEO Proton dan juga Dato' Radzaif Mohamed, Timbalan CEO Proton. 


Perjanjian persefahaman ini merupakan langkah pertama mewujudkan ekosistem pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti yang diperlukan dalam menghasilkan kereta generasi baharu Proton dan Geely, dimulakan dengan SUV pertama Proton, X70. 

Ia juga merupakan komitmen berterusan Proton untuk meningkatkan jualan tempatan dan pasaran eksport dengan menjadikan Tanjung Malim sebagai pusat penyelidikan pembangunan, serta hab pengeluaran bagi model pemanduan sebelah kanan Geely. 

Menurut Dato' Seri Syed Faisal Albar, Proton menggesa pembekalnya supaya mengambil peluang keemasan ini untuk mewujudkan kerjasama dengan pembekal luar negara untuk meningkatkan standard terkini, membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa bersama jenama automotif yang lain.

"Ini merupakan komitment Proton sebagai jenama ikonik Malaysia untuk memastikan industri automotif Malaysia terus membangunkan kompetensi kelas dunia," ujar beliau.
 


Proton sebelum ini telah melabur sebanyak RM1.2 bilion dalam memulakan inisiatif menyediakan fasiliti yang dapat memenuhi keperluan pengeluaran untuk semua model baharu di Tanjung Malim, selaras dengan perjanjian perkongsian strategik antara Proton dan Geely pada tahun 2017. 

Proton X70 akan menjadi model pertama yang dihasilkan oleh Proton dan Geely di kilang Tanjung Malim bermula tahun 2019. 

Berikut merupakan senarai vendor dalam kumpulan pertama yang menandatangani memorandum persefahaman antara Malaysia dan juga vendor luar negara:

 

 

1. Delloyd Industries (M) Sdn Bhd - Hubei Tri-Ring Auto-Electric Appliance Co. Ltd

2. HICOM Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd - Jiangsu Xinquan Automotive Trim Co. Ltd

3. MTV Digital Technology Sdn Bhd - Tianjin Bodun Electronics Co. Ltd

4. Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad - SH SIIC Transportation Electric Co. Ltd

5. Delloyd Alpha Sdn Bhd - Ningbo Xinpin Auto. Parts

6. Delloyd Electronics (M) Sdn Bhd - Avic Guiyang Wanjiang Aviation Electromechanical Co. Ltd

7. Proreka (M) Sdn Bhd - Ningbo Fushi Automotive Components Co. Ltd

8. Xenso Electronics Sdn Bhd - Shenzhen Jiuzhou Zhuoneng Electric Co. Ltd

9. Ningbo Tuopu Vibro-Acoustics Technology Co. Ltd selaku pelabur secara terus ke kilang Tanjung Malim.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MOU itu akan memudahkan kajian ke dalam pengeluaran CKD bagi versi pemanduan kanan GAC EMKOO bagi…
Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Cadangan lebuh raya sepanjang 53 kilometer itu meliputi kawasan di sepanjang Sungai Klang di…