Lima perkara yang anda perlu tahu pasal Proton X50

oleh Mohamad Hanif|
Proton X70 merupakan titik permulaan kembalinya tahap kepercayaan orang ramai terhadap jenama kereta nasional pertama negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pakej yang boleh dikatakan lengkap - rupa yang menawan, dan teknologi yang sepadan - serta harga yang kompetitif membuatkan ia menjadi bualan ramai selepas hampir setahun pelancaran rasminya. 

Namun, usah kita lupa bahawa Proton kini sedang giat menjalankan proses pengujian sebuah lagi SUV yang bersaiz lebih kecil, namun hadir dengan ciri yang lebih berbaloi untuk dimiliki. 

 


Proton X50, diambil secara terus daripada produk Geely Bin Yue dan kelibat model SUV itu sudah beberapa kali dikesan atas jalan raya Malaysia. 

Difahamkan, SUV segmen B itu akan dilancarkan dalam masa terdekat, dan pihak vendor sudah mula mengambil tempahan untuk menghasilkan komponen-komponen Proton X50.

Tanpa membuang masa, ini adalah lima perkara yang anda perlu tahu berkenaan Proton X50 yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

 

1. Kualiti melebihi jangkaan


Ketika Proton X70 mula menjengah dunia, ia menawarkan pakej yang mampu membuatkan orang terpesona, apatah lagi ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing-pesaingnya. 

Untuk Proton X50 pula, walaupun ia diposisikan lebih rendah (segmen B), tekstur dan material yang digunakan pula tidak pula kalah kepada Proton X70.
 

rear seat


Malah, ikut kata para pengamal media China yang telah menguji, majoriti memuji kualiti kabin yang melebihi apa yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing dalam segmen yang sama. 

Ringkas tapi ada fungsi, itu mungkin perkataan yang tepat bagi menggambarkan Proton X50.

 

2. Enjin berteknologi Volvo


Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada nadi Campro yang sudah agak ketinggalan zaman itu, kerana Proton kini sudah mempunyai rakan yang memiliki teknologi enjin yang termaju.

Enjin 1.5 liter turbo (174 hp/255 Nm) dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan sebenarnya merupakan enjin Drive-E yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely. 

Atas jalan raya, ia mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j!
 

3. Lebih ciri keselamatan


Model asal Geely Bin Yue dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy) yang lengkap dengan ciri-ciri seperti:

  • Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
  • Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF)
  • Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki

 

LDW


Melihatkan kepada apa yang ditawarkan pada Proton X70, tidak mustahil ciri di atas akan turut 'diwarisi' kepada Proton X50. 

Bayangkan sebuah SUV berharga kurang dari RM100,000 lengkap dengan ciri-ciri yang kami sebutkan di atas?
 

4. GKUI 19 yang lebih pintar


Masih ingatkah anda kepada gimik promosi Proton X70 'Hi Proton' yang kemudian ditawarkan pada Proton Iriz dan juga Proton Persona?

Dengan adanya sistem GKUI 19 yang baharu dilancarkan oleh Geely menerusi ECARX, sebuah subsidiari di bawah Geely, ia merupakan sistem-atas-cip (System-on-Chip) dengan unit pemprosesan empat teras berkelajuan tinggi, dan menyokong modem 4G. 

Ia memberikan sambungan dan penghantaran data yang lebih lancar, dan dengan sistem kepintaran buatan yang telah dinaiktaraf, anda boleh berinteraksi dengan lebih normal apabila menggunakan sistem GKUI 19 ini. 

Senang cerita, ia mampu buat lebih daripada apa yang Proton X70 tawarkan!
 

5. Reka bentuk yang sangat, sangat, sangat sporti!


Jika anda perasan, terdapat versi yang lebih sporti Proton pernah tunjukkan pada model ujian Proton X50 di jalan raya beberapa tempoh yang lalu. 

Ini kerana di China - pasaran asal Geely Bin Yue - terdapat dua versi yang ditawarkan, iaitu versi standard dan juga versi sports. 

Secara keseluruhannya, versi yang lebih sporti tampak lebih garang dengan penampilan spoiler belakang yang agresif, tip ekzos berkembar di kiri dan kanan serta rim yang lebih besar sesuai dengan jiwa muda-mudi rakyat Malaysia. 
 


Inilah dia lima poin berkenaan Proton X50 yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat, dan nantikan berita selanjutnya daripada kami tidak lama lagi. 

Tidak sabar? Ya, kami juga sendiri tidak sabar untuk melihat dengan lebih dekat Proton X50 ini, rasanya jauh lebih berbaloi-baloi berbanding Proton X70 itu sendiri!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…